ana suka nak bercakap tentang ilmu je skang ni, sebab secara kebetulan pada ana tapi mmg itu yang Allah aturkan pun. Ana byk mendengar tentang pentingnya ilmu.
mula2 pg ahad, dalam usrah keluarga, baba menyebutkan kepentingan menuntut ilmu untuk membantu kita beriman kepada Rukun Iman dengan lebih sempurna. sesudah usrah, kami yang perempuan ke kuliyyah muslimah di surau annur. juga di sebut ttg ilmu.
ok, skit ana nak kongsi ttg apa yg ana dapat
Tujuan kita menuntut ilmu
- mengesahkan amalan kita. dari ibnu Ruslan, "setiap amalan tanpa ilmu adalah ditolak".
- menyahkan elemen yang tak baik (selalu muhasabah diri dgn adanya ilmu)
- mengenali hak kita (hak sbg hamba, hak sbg manusia,hak sbg anak...dll) Jika kita mengikut je tanpa ada ilmu dalam sesuatu itu akan sesat...ada citer cth...beruang dan kucing...(nak dgr citer kena YM ngn ana)
- meringkaskan kehidupan (mcm cth dalam post ana bertajuk Islam itu mudah tp kita yang complicatedkan)
Kat sini ana sertakan lirik nasyid CAHAYA ILMU..yang dinasyidkan oleh pelajar2 ana semasa majlis ihtifal dalam post ana yg bertajuk Nasyid Ihtifal. Ana mmg suka lagu ni..suma lgu yg dorang nasyid la ana suka.hehehe..
Ilmu ibarat cahaya
menuntutnya satu ibadah
begitulah kata pujangga
jadikannya sebagai teman
Ilmu itu satu tuntutan
Suruhan dari Ilahi
jagailah wahai teman
moga hidup dirahmati
Tanpa ilmu umat binasa
Pesanan Rasulullah pada umatnya
Sayangilah ilmu di dunia fana
sebagai jambatan menuju ke syurga
Marilah menuju kecemerlangan
Jangan diendahkan sebarang tomahan
untuk menjadi umat cemerlang
kukuhkan semangat perjuangan Islam
Bersihkan jiwa ikhlaskan hati
Penuhkan ilmu penguat jiwa
Membentuk peribadi mulia
Bangkitlah Islam menuju kejayaan
jangan endahkan sebarang tomahan
Untuk menjadi umat yang cemerlang
kukuhkan semangat perjuangan Islam
Supaya tidak menyesal kemudian
0 comments:
Post a Comment