Pengalaman di hari lahir 12.01.2013
Tahun lepas masa birthday saya melalui satu pengalaman yg
susah nak lupa, dan tahun ni ada jugak pengalaman yang tak terduga di saat saya
bergembira meraikan hari lahir yang ke 30…ohh
tua sudah…30 tahun itu usia ku kini? Mcm tak cayer…bukan 18 ke?
Dooooonggg!!
Bermula dari malam sabtu, diraikan oleh kawan2 rumah dgn
lagu selamat ulangtahun pastu kita org makan durian crepe yg dibeli dari
nadya…(sedap betul!! Tak tipu….) drg makan sambil memuji2 nadya..haha…cantik
pandai masak dan lain2…saya pun tumpang gembira sbb ada kawan yg rajin
masak…heheh…sy blm sampai tahap rajin mcm tu..besar juga huruf M saya bila
masuk bab masak memasak ni..haha
Pastu kami keluar makan kat Arabian House. Sedap betul Lamb
Mandy…tapi kalau nak Lamb Kabsha yg sedap, saya sarankan Sultan Hadramawt kat
Sg Ramal Dalam.
Esoknya saya diraikan oleh mama sekeluarga…makan tghhari dgn
lauk puyuh salai masak lemak cilia api bernenas..huhuhu…sedap bangat!!rasanya
ni first time kot mkn puyuh..(dalam ingatan saya la..)..lepas tu dorang
nyanyikan lagu selamat ulang tahun dgn kek sebiji bertulis “ilo sweet 30”
wohaaa!!! Mana der sweet lagi kalo 30, dah sour dah…huk3!!
Pastu malamnya..saya kuar ngn Lin…haaaaa…kat sini la akan
berlakunya peristiwa yang tak terjangka tu..saya ada hajat, nak memanah..nak
buat sukan yg Rasulullah suruh…jadi kami berdua pun menunggani kuda motor merah
putih Lin…kami sampai ke Times square dalam masa tak sampai 30 minit..laju
betul Lin rempit. Sampai sana kami pegi tempat memanah…wahhhh!! Sangat
menyeronokkan..tp biasalah baru kali kedua memanah mmg byk melencong la..tadela
nak tepat sasaran tu…kalo panah org jahat, buat kena gelak je ngn depa…
Dalam 20 minit je kami kat situ..kami bergegas nak balik,
sebab janji nak dinner bersama kak bisya dan amy.Dan di sinilah bermulanya
perjalanan yang menguji jiwa…
Kami tersalah jalan…termasuk jalan ke Ampang.
Lalu Lin pusing balik…bila pusing kami nampak signboard
Seremban-Putrajaya.Dengan yakin kami mengikutnya..maklumlah selalunya jika nak
balik ke kajang, kami akan cari signboard Seremban atau Putrajaya.
Tiba di dua lorong, satu ke Sg besi, satu ke
Seremban, kami jadi bingung..lalu kami mengambil utk terus ke Seremban
Putrajaya.
Perjalanan terus masuk highway…jauhnya highway
ni..kami saling cuba mengamati jalan mana yg kami lalu sekarang sebab ia sangat
asing bg kami..kiri dan kanan cuma bukit dan hutan.
Lin memberitahu sy, minyak motor dah hampir E…Ya
Rabbi…camne ni…sikit pon tak kelihatan signboard pam minyak…kami memandang ke
depan..sayup..jauh….kelihatan jalan masih panjang ke depan. Deretan lampu jalan
menaik menurun ikut alur bukit…kami spotan menjerit “Waaaaaaahhhhh jauhnya
lagi!!!” Perut sy kian kecut..

Hanya kami berdua penunggang motosikal malam
itu. Kederaan lain pun tidaklah terlalu banyak. Kami terpaksa meneruskan
perjalanan. Nak berhenti tiada tempat boleh minta pertolongan. Tapi risau kalo
teruskan minyak akan kering. Lin berulangkali bertanya pada saya “macam mana ni
you?” saya terdiam…hanya berzikir tak putus2…macam nak nangis pun ada..
Kami meneruskan perjalanan dalam keadaan takut
dan bingung..bingung kerana kami masih tak dapat agak kami akan tiba di mana
lepas ni, dan seberapa jauh lg utk kami dapatkan bantuan minyak…Ya Allah,
bantulah kami.
Dalam kepala ni mcm2 sy fikirkan…kalolah kami
tersadai di tepi hghway ni, tiba2 org jahat datang, kalo kami kena bunuh ke,
kena campak dalam hutan ni pun, tade sape yg akan tahu…wahhhh….cuaknya…Wahai Allah,
kami selamatkan kami dari kejahatan jin dan manusia.
Kami tiba di sebuah tol..smg di sini ada
bantuan..dan Alhamdulillah…ada kereta peronda polis di sini. Kami berhenti dan
memohon bantuan.
Kata en polis stesen minyak mmg jauh lg, tak
cukup utk kami sampai dgn minyak yg ada.. lalu? Tiada pilihan…en polis yang
kena pegi belikan minyak utk kami dgn kereta perondanya…woha!!kami duk la kat
tepi jalan tu sambil sembang2 dgn srg lagi anggota polis..katanya Lebuhraya Mex
ni byk kes…(oh nama highway yg seram ini Mex rupanya) utk kegunaan org
Kl-Putrajaya katanya..ohhhhh!!!tapi apasal kejam sgt tade pam minyak langsung? Jauh
tu….
Lepas setengah jam, baru minyak
sampai..alhamdulillah..terima kasih en Polis sekalian..Allah mengirimkan mereka
utk membantu kami.
Kami teruskan perjalanan ke kajang..jauh lagi
ni..jalan masih sunyi..tiba2 ada motor melintasi kami. Dua org lelaki..memandang
kami dgn aneh…apahal lak dua org mamat ni? Mereka memperlahankan motor dan
menoleh lg ke arah kami..aduii..masalah la drg ni..Lin menarik tgn saya, sambil
jerit “U peluk I, nak pecut ni,” saya memeluk Lin erat..dan Lin menunjukkan
kehebatannya memecut superbikenya
superkapcainya..bila sy pusing belakang, Alhamdulillah kami meninggalkan dua
mamat pelik tu jauh kebelakang.alhamdulillah….
Jam 11 lebih kami sampai ke bangi…penuh emosi
saya bercerita pengalaman kami pada kawan2..tp kan….hanya org yg pernah melalui
situasi yg sama akan dapat merasai perasaan kami…org yg tak pernah naik motor
malam2 dan tak pernah lalu highway malam2 mmg susah la nak faham…dia dgr dgn
muka pura2 simpati jelah…huhuhuhu….
Itulah kenangan yg membuatkan saya
belajar…ke mana pun pergi biar Allah sentiasa di hati…dan kita ni nak berlagak
macam mana sgt la dgn Allah? Baru Allah uji skit, kami dan mcm cacing
kepanasan..Allah bring Allah in ur heart everywhere you go…ok bebeh?