Thursday, February 6, 2014

Coretan 31 Januari 2014


MasyaAllah…indahnya angin hari jumaat….Dari dulu aku menyukai angin hari jumaat. Tiupannya berbeza. Tak percaya? Cubalah perhatikan…dan bezakan…

Hari ini cuti Chinese new year. Aku curi peluang mengambil angin di Taman Tasik Cempaka.  Suka sangat suka bersendirian begini. Duduk di bawah redupan pokok..melihat indah air tasik yang tenang…ahhh!!! benar aku sangat sukakan suasana begini…aku ingin terus begini..punya waktu untuk bersendiri…menghabiskan masa mengamati indah alam ciptaan Ilahi. Mengarang kisah-kisah menarik tentang manusia dan kehidupan…itu yang aku mahu.

Kalau kamu tanya apa cita-cita dan impianku? Cita-citaku, bukan seperti orang lain…bukan impikan rumah besar untuk kudiami. Bukan harapkan kereta mewah untuk aku berpuas hati. Yang pasti bukan juga bekerja dengan manusia dari pagi hingga petang..mengkayakan orang yang kejam dengan pekerja sendiri.

Cita-citaku tak banyak…Cuma sukar untuk aku lakukan…aku ingin lari dari segala kebingitan dunia. Aku mahu bersendiri seperti yang aku katakan tadi. Di suatu tempat yang punya alam yang indah. Korea atau Jepun barangkali. Dan aku mahu menghabiskan sisa hidupku dengan menulis. Dan mendekati muslim-muslim yang baru kembali ke agama fitrah ini. Berkongsi sedikit ilmu tentang Islam yang aku ada. Yelah lahir dalam keluarga Islam, bukan bermakna aku mahir dalam agama Islam. Aku juga perlu belajar…lagi…dan lagi…hingga aku mati.Ingin berbuat kebajikan hingga mati.

Tapi cuma itulah cita-cita ku…bukan seperti apa yang aku lalui kini…bukan!! Aku cuma mencari cinta Ilahi..masa untukku mungkin tidak lama…semoga Allah mengabulkan impianku…sesungguhnya aku terlalu penat dengan dunia..kamu pernah rasa penat dengan dunia? Aku rasa dunia ini kosong. Tiada apa yang aku mahukan darinya. Aku rasakan semakin lama, aku semakin meninggikan tempat jatuh. aku takut utk terus lagi...mengigil seluruh jasad ini...bergetar hebat...dosa tak terhitung tapi aku masih terus berani merindui kematian? Dan izinkan aku ya Allah utk merindui kematian...kerana aku tidak sabar…mahu pulang menghadap Ilahi…Aku rindumu ya Allah..sangat rindu…Aku ingin ketemu Rasulullah saw…ahhh pasti aku menangis..

Bibir semanis madu, luka di hati siapa tahu....


Hatiku sudah lama menangis sendiri..sudah lama…
di saat ini aku terlalu penat.


0 comments: