Thursday, November 29, 2012

Makanan Sihat Cara Saya


Hari ini saya nak cerita pasal makanan sihat..bila usia menginjak tua ni, baru nak sedar yg makanan berkhasiat tu penting…selalu dok belajar Rasulullah  saw seorang yg menjaga makan dn cara makan. Sbb tu takde masalah obesiti kalo kita betul2 ikut kaedah Islam ajar.

Saya pun mengooggle la makanan sihat…rupa-rupanya cara pemakanan orang jepun juga menghampiri kaedah Islam. Ada la yg tak Islamnya seperti mkn ikan atau sotong mentah. Yang tu kita takyah ikut.
Yang saya tertarik ialah, Jepun menitik beratkan apa yg dimakan..sbb tu kita tgk orang Jepun kurus-kurus..mereka makan nasi dan lauk2 yg direbus atau dibakar. Dan makan mereka agak tawar. Mereka suka rasa asli lauk tersebut tanpa byk perasa tambahan .Orang jepun ni jugak mmg gila sayur.

Kebanyakan makanan kita pulak bergoreng dan berlemak. Kita terbiasa makan makanan yg cukup rasa pedas+masin+manis…semua nak kena ada.Sebab tu kita bulih tgk beza saiz badan orang Jepun dgn orang Malaysia.

Wanita jepun yg berusia 70 tahun pun masih relaks je panjat gunung…kita ni, umur 30 je da mula menjemput pelbagai penyakit.

cantikkan? tp sy takdelah hias cantik camni..
tak pandai..hias ikut suka je..
Mereka biasanya makan apa yg diingini tetapi dalam kuantiti yg sedikit. Tak mcm kita, kalo belasah mmg tak ingat. . (Rasulullah saw pun tak ajar kita mkn byk)..Orang jepun juga akan menghias cantik makanan mereka supaya bila makan mereka dapat menikmati kecantikan makanan dan secara tak langsung mereka akan mengunyah dgn perlahan utk penghadaman yg baik. Jadi mereka akan cepat kenyang (kan mmg Rasulullah suruh kita kunyah 40 kali..kita tak ikut, tp org jepun lak ikut.)

So, mulai skang, saya mula biasakan makan makanan yg simple dan kurang rasa. Lebihkan sayur bila makan…bawak bekal ke opis dan elakkan makan makanan luar. Pagi tadi sempat masak sup sayur yg simple dan daging grill gaya jepun...mmg simple la..pastu penuhkan lunch box dgn sayur...lalala.
Selamat makan makanan sihat khadeeja! (opss..tak dapat snap gambar lunch box saya sbb hanset sy tade camera..hehe)

0 comments: