Monday, April 30, 2012

Majlis pernikahan

Alhamdulillah, sabtu 28 April 2012, setarikh dgn perhimpunan Bersih 3.0 adik ana, Iffah selamat bernikah dgn pasangannya Fakruddin. Indah sekali majlis tu...


0945 pagi- terkocoh2 kami semua, sudah terlewat utk bergerak ke masjid. Tambahan kaki iffah masih bengkak..terkial2 dia turun tangga...sian pengantin perempuan sakit pulak.


1045 pagi- Iffah selamat diijab qabul kan...masa din bacakan taklik, ana pulak teremosi, menangis sayu..iffah relaks je...hehehe


1100 pagi- hadirin mendengar ceramah ringkas dari Dr Zulkifli al Bakri. 


1130 pagi- tetamu mula datang dan iffah dan suami mula melayani tetamu yang datang. Alhamdulillah kaki Iffah dibalut bandage, dapat la support kaki dia yang sakit.


0100 t/hari- ceramah ringkas dari Ustaz Nizam Abdul Kadir dan solat zohor.


1300t/hari- ana memapah Iffah untuk mengambil wuduk dan solat zohor..sian pengantin..sakit2 terpaksa juga jalan.


4.30 ptg- Majlis selesai..semua orang pulang...ana? belum lagi...Selesai majlis, ana, fiqah, faiz menguruskan makanan yang berbaki..banyak sgt makanan lebih. sian mama dan baba yang dah penat. jadi biar drg berehat. dr pg sibuk layan tetamu sampai drg berdua tak sempat pun nak makan.


5.30 ptg- ana, anuar, syukri dan ahnaf menghantar makanan ke Darul Fuqaha. Bukan main seronok budak2 tu tgk ayam bergolek2..hehehe...


7.00 ptg- kami semua bersiap2 untuk solat maghrib


8.00 mlm- Kami semua berkumpul di Garden Cafe, malam ni baba belanja suma orang mkn...riuh rendah meja kmi bila masing2 sibuk buat lawak..hehe..menunya ikan siakap masak steam..wahhh sedappp!!


09.40 mlm- kami bersurai...ramai yang terus balik, cuma mak teh dan keluarga je blm. 


10.00 mlm- sesi membuli pengantin...pengantin buka hadiah sambil diusik2 oleh yang lain..haha..tu normal la kan?


11.30 mlm- masing2 membawa diri ke tempat tidur..ana pun...mengantuk + penat yang amat...zzzzzzzzz.....






p/s: Iffah dah selamat, akaknya bila? opsss.....soalan itu lagi...lalalalala...tak tercapai dek akal utk menjawabnya..hehe






Wednesday, April 18, 2012

7 Petala Cinta

Malam tadi ana dan housemate menonton 7 Petala Cinta. Hati terpanggil untuk menonton setelah mendengar rungutan dari kawan2 dan juga pelajar2 ana tentang filem ni. Sebetulnya jujur dari hati melihat poster iklan filem ini saja ana dipagut rasa sedih..kenapa? Hijab muslimatnya....kenapa berpurdah tapi tudung tidak melepasi dada?

Setelah ana mula menonton cerita ini..terpana seketika dengan beberapa adegan dlm filem ni yang tidak terjangka di fikiranku, sedih sekali...bila pembikin filem tidak betul2 menitik beratkan Islam...bermacam-macam kesilapan ditemui. Mungkin pada pembikin filem mereka merasakan hal ini remeh, tapi pesanan ana..jika sayangkan Islam, peliharalah ia dan jgn menghalalkan sesuatu yang haram.Jika tidak tahu, bertanyalah pada ahlinya..tentang purdah, tentang pergaulan lelaki dan perempuan, tentang majlis pertunangan...nak buat sesuatu biarlah dengan ilmu, supaya kita tidak mendatangkan fitnah atas perbuatan kita.

Jika ingin mengetengahkan cinta Islamik, ketahui bukan itu cara bercinta sebenar.Dalam Islam cinta antara lelaki dan perempuan itu hanya setelah akad. NO LOVE UNTIL AKAD..tiada bicara cinta sebelum nikah supaya manis bercinta itu dapat dikecapi sepenuhnya setelah akad.

Ana listkan sedikit apa yg boleh dibaiki di masa akan datang..

  1. Lengan dan kaki itu juga aurat bagi wanita, tutuplah ia dengan baju berlengan panjang dan stoking.
  2. Jika berpurdah, tutuplah sebaik2nya wajah dan menampakkan mata sahaja. Sempurnakan tudung melepasi dada. Selalunya muslimat berpurdah tidak memilih warna pakaian yang terang benderang. Malu itu sifat mukminah, malu utk menarik perhatian hatta melalui warna pakaian yang terang.
  3. Majlis pertunangan dalam Islam tidak digalakkan utk dihebahkan. Paluan rebana dimainkan di majlis perkahwinan bukan pertunangan.
  4. Pergaulan antara pasangan bertunang. Tak perlu ada dating2. Tidak perlu mesra2 begitu..
  5. "Assalamualaikum, cinta," "Waalaikummussalam, rindu". Bicara cinta yang membuai rasa ini jika dilantunkan sebelum nikah ia mengundang dosa, tapi jika dilantunkan oleh pasangan suami isteri ia mengundang pahala. Berbezakan? ucapan yang sama dan situasi berbeza.
  6. Janganlah ada adengan sentuh2 atau pegang2 jika bukan mahram sekalipun berlakon sebagai ayah dan anak, adik dan abang kerana hakikatnya di luar atau di dalam filem hukum Allah tetap sama. Haram tetap haram, Halal tetap halal.

Ana bukan mencari kesilapan dlm filem ini, cuma ingin sama2 perbaiki. Jika kita dapat menghasilkan filem Islamik yang sebenar2nya tentu indah kan?. Setakat ini, filem Islamik yang ana kagumi adalah KETIKA CINTA BERTASBIH. tiada sentuhan antara pelakon lelaki dan wanita. Dan bicara @ dialognya byk memberi nasihat.Siapa kata jika tiada adengan sentuh2 lakonan tak nampak real? Timbanglah perbuatan dengan iman...bukan dgn kehendak hati. 


p/s: Maafkan salah silap bicara ana...

Monday, April 9, 2012

Kerana dia muslimah bukan mukminah




Alhamdulillah selesai mengedit Anatomi Mukminah ni..
ini sebagai panduan mukminah ex-abim untuk program reunion esok.

Ada beza antara muslimah dengan mukminah,
Dulu ana tak ambil peduli sangat.Tapi sejak adik ana yang lelaki berkata dalam satu perbualan kami bila mana kami mempersoalkan kenapa muslimah masih tidak mahu mengikut Islam sepenuhnya?

"Kerana dia muslimah bukan mukminah" Jawapan yg buat ana terdiam.

Ya,muslimah tak semestinya mukminah
Ana mula menilai diri
apakah ana ini hanya muslimah, dan bukan mukminah?