Saturday, March 24, 2012

Yang amat kurindui


Tempat yg paling digemari utk Sufi kunjungi ialah kedai buku Syabab. Biarpun tidak membeli apa2 buku, namun menghabiskan masa dgn meneliti buku2 yang ada di situ cukup mengasyikkan. 

Entah mengapa pulang dari kerja hari itu hati Sufi diusik sayu. Duhai Sufi, jika rasa ini adalah asbab dari manusia ia barangkali sia-sia, alihkan lah rasa sayu dan rindu ini kepada yang lebih menghampirkan cintamu pada Allah..apakah penawarnya? lalu Sufi terpandang Biografi Agung Rasulullah saw. Membelek sahaja buku ini airmata mahu menitis...rindu pada Rasulku ini kembali membuak... 

Selesai membayar harga buku, Sufi memilih suatu sudut di Foodcourt PKNS. Menekuni sirah Rasul tercinta, mengagumi akhlak terpuji seorang Al-Amin, menatap indah barang peninggalan baginda membuat Sufi asyik...Jam mengnjak ke waktu Isya', Sufi pulang...pulang setelah menemui penawar hati geringnya...

Monday, March 12, 2012

12.3.12

Hari ini dalam perancangan sbg manusia, Sufi sepatutnya melalui hari bahagia...namun, perancangan Allah...ari ini Sufi cuma menghabiskan masa di opis seperti rutinnya...hanya Allah mengetahui kenapa Sufi tidak diizinkan melalui hari bahagia itu...

Tidak sedih? tipu kalo langsung tiada sedih di hati...cuma yakinlah bila Allah tidak mentakdirkan kita dengan sesuatu yang kita mahu, maka ketahuilah itu bukanlah sesuatu yang kita perlu dalam kehidupan kita...Malahan Allah telah mengelakkan sesuatu yang tidak baik dari hidup kita...siapa tahu kan? hanya Allah mengetahui masa depan..jadi bila Allah menarik pemberianNya yang kita sangka milik kita, bermakna itu bukanlah hadiah terbaik utk kita...Allah tidak pernah kejam pada hambanya...pasti hadiah lebih baik dan indah yang Allah ganti nanti...

Fokus kepada kesyukuran bukan kesukaran!!


banyak yang dapat disyukuri dari semua ini...hanya diri sufi yg tahu...betapa Allah menyayangi sufi dengan menyelamatkan sufi dari sebuah kesengsaraan di masa hadapan...

duhai kamu, yang ditakdir Allah sebagai ujian buat sufi...sufi bersyukur Allah melepaskan semuanya kini...dari belenggu sebuah cinta palsu...biar hati ini adakala terusik dgn lipatan kenangan sebuah impian tidak kesampaian, namun sufi bersyukur kerana dari asbab perbuatanmu sufi pelajari sesuatu..apa yang sufi belajar? hanya Allah yang tahu...:)


Syukurku tak terkata
tanpa bahasa indah suara
di kemuncak rasa
agungnya kebesaranMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim


Sungguh Daku Merasakan

Alam Sempit Jadi Lapang
Rasa Resah Jadi Tenang..Bahgia
Yang Gelap Menjadi Terang
Moga Terampun Dosa
Di Saat Ku Kembali Kepada Mu
Dengan Redha Kasih Mu

Tuesday, March 6, 2012

makan kat luar v/s masak

Sebab tak mau makan kat luar

  1. kedai makan selalu kotr...cthnya kedai depan opis saya…kat tepi jalan dan longkang menjijikkan, tikus mati mmg selalu jd penyeri kat belakang kedai…tak faham kenapa masih ramai yg berselera nak makan kat situ.
  2. sayur, telur, mee, kueteaw, bawang dan segala bahan masakan blm tentu di basuh…takkan nak biar makanan tak berbasuh masuk perut..makan benda kotor hati jd gelap.
  3. pinggan mangkuk dan ada sesetengah tenpat sayur dan lauk2 diletakkan atas lantai yang berair dan tempat tikus, lipas berlalu lalang.
  4. makanan yang dijual tidak bertutup (kalo kat gerai pun sama)..syaitan seronok kencing berak kat makanan tu. Habuk, debu dan asap kotor pun melekat2 kat makanan. Lalat bukan main seronok main singgah2.
  5. Kedai yg ada muzik, kesannya pada molekul makanan…jadi buruk kalo pasang lagu yg pelik2..sbb tu kita susah nak jadi baik..sbb makanan yg masuk rupa tak baik..
  6. entah sape yang masak, mamak ke, indon ke...kalo yang islamik takpelah juga, berzikir2 sambil masak..tapi takde pulak yang cam tu kan ?




Ok…cara elakkan makan kat luar
  1. Bawa bekal ke opis
  2. Bangun seawal kol 4 pagi utk siapkan bekal
  3. Masak sebelum tido dan panaskan sebelum gi opis
  4. Tahan lapar je
  5. Puasa sunat
  6. Kesimpulannya, kena berusaha masak utk bawak bekal, walaupun malas...kena jugak rajinkan diri..

Lauk simple pun takpe, asalkan masak sendiri..paling tak sempat,  goreng telur dengan kicap pun jadi je.apa la yag nak disibukkan dgn makan sedap, sedangkan rasulullah pun selalu tak berasap dapurnya..jarang sekali Rasulullah makan daging..kita ni je kalo tade ayam tak sah..

Ada yang tak senang bila kita teliti menjaga makanan…nampak cerewet…org yg rela makan telur goreng dan kicap lebih dikatakan cerewet berbanding dgn org yg makannya mahu sedap selalu..tak tahulah cara sesetengah orang berfikir..belasah je makan apa terjual kat kedai tanpa mengira syubhah, kebersihan, berkat sesuatu makanan itu dikatakan tidak cerewet…tapi org yang cb menjaga pemakanan yang dibimbangi mempengaruhi akhlak dikatakan jumud..tidak kufahami lagi org bijaksana masa kini..lain benar dgn pemikiran ilmuan dahulu…

Jika seseorang itu benar2 wara’ dia akan cukup menjaga segala sudut…Islam bukan hanya pada ibadah solat dan menutup aurat…Islam itu cara hidup..cara makan, cara muamalat, kebersihan..semualah…

Pesan Imam Syafie,” pilihlah makanan yang baik dan halal, kerana ia membuatkan syatan gerun”..tekunilah cara imam kita menjaga pemakanan…malu rasanya dgn sikap ‘main belasah’ kita yang terus-terusan berpegang pd jangan lah teliti sgt, Islam itukan mudah..sebenarnya nafsu menguasai…masih mahu memanjakan tekak kita dgn sesuatu yg lazat …

Jaga makan...jaga makan...jaga makan...di saat dunia makin hancur dgn hentaman kerosakan akhlak remaja, tiada siapa kah yang mahu kisahkan, kaitkan pemakanan dgn akhlak?