Wednesday, February 29, 2012

anak-anak ku...


Hujung minggu ni ana ke Kompleks Kebajikan Rukaiyah (KKR) lagi insyaAllah…rindu sangat dengan anak-anak kat sana…melihat wajah mereka hati ni pelbagai rasa..yang paling ana kecewa bila penghuni paling kecil, yang berusia tujuh tahun dihantar ke sana dengan alasan ibunya tak larat nak jaga sebab nakal sangat...kasihan, usia macam tu sepatutnya bersama keluarga tapi kanak-kanak comel itu terdampar bersama anak-anak lain di rumah anak yatim ini.

Nakal sangat kah si kecil ini? Melalui apa yang ana lihat, dia kanak-kanak normal yang manja. Maknanya bukanlah hyperaktif atau autisme. Tidaklah terlalu lasak, cuma nakal anak manja yang akan mengamuk jika tak dapat apa yang diinginkan..

Sahabat ana, hanan boleh tahan bijak menggunakan kaedah psikologi untuk memujuk anak kecil ini. Syabas hanan! Jika ibunya cepat beralah dalam mendidik anak yang dilahirkan sendiri, biarlah kita yg didik...

Persoalan di sini,
  1. Patutkah seorang ibu berbangga jika anaknya menjadi insan yang berjaya & soleh tapi dari hasil didikan cikgu atau orang lain.?
  2. Patutkah seorang ibu kecewa jika setelah puas berusaha mendidik namun anaknya tidak berjaya menjadi seperti yang diharapkan?
Yang ana tahu, mendidik anak itu tanggugjawab yg perlu ditunaikan pada anak. Suatu saat nanti si ibu akan ditanya tentang hak ini..apakah telah ditunaikan sebaiknya atau sekadarnya sahaja. Allah tidak akan persoalkan si ibu berjaya mendidik atau tidak, tapi Allah akan lihat apakah si ibu berusaha atau tidak.

Erm...ana sambung lagi...

kak nedy sibuk kacau kukan&kukun (arnab anak2 kami)


lepak-lepak jew...
kak nedy dan kak hanan bergelak kutawe...

action la kunun...hehe

apa kes ni mencangkarung 3 orang ni?

Monday, February 13, 2012

mencari ikhlas..sape ikhlas angkat tangan...


Entah kenapa sejak akhir-akhir ni Sufi asyik nak makan…erm berat badan pun dah kembali bertambah…alhamdulillah., Oh ye, ada dua perkara pelik yang Sufi alami beberapa bulan yang lepas

  1. berat badan turun mendadak melepasi paras berat badan ideal sedangkan mkn 5 kali sehari…nape ek? (tension kot…)
  2. bibir yang alergik kembali menyerang sedangkan sebelum tu dah ok…puas mkn ubat yang biasa diambil ia tetap tak pulih..gatal+berdenyut+ pecah berdarah..oh sakit…

tapi kan…..yang membuatkan Sufi terdiam dan berfikir bila…selepas satu peristiwa besar dalam hidup Sufi… Saat hati Sufi bagai tersiat, saat Sufi meraba mencari jawapan pada bicara Allah melalui bahasaNya yang sangat tersirat dan penuh hikmah, Sufi sedari sesuatu…

  1. Selepas kes itu, Sufi rasakan selera Sufi pulih dan bila Sufi timbang, alhamdulillah..berat badan kembali naik ke paras berat ideal..pelik pula, orang lain melalui peristiwa sedih jadi kurus, tapi Sufi jadi berisi pulak J
  2. Selepas kes itu, bibir Sufi pulih sedikit demi sedikit tanpa perlu ambil apa2 ubat..
 Demi mengelakkan Sufi dari kemudharatan di masa depan, akhirnya Sufi faham kenapa Allah lalukan Sufi dengan perkara sebegitu…

Duhai pemilik cintaku setelah Allah dan rasul, 
Hati-hatilah dalam mencintai…
Jika cinta kamu kpd Sufi itu bersebab selain dari Allah, 
Kamu akan teruji atas apa yg kamu cintai itu..



TI: boleh berkenalan? saya ikhlas...
Nisa: huh, ikhlas konon!!
TI: betul saya ikhlas...nama saya Tengku Ikhlas.
Nisa: gulp!!....

(petikan dr novel Ikhlas konon....hehe baca zaman budak2 dulu...)


Wednesday, February 8, 2012

Kasih Ibu....

Kelmarin, Sufi terlewat pulang, hati kecil Sufi tiba-tiba bimbang dimarahi ibu..sejenak Sufi termenung, ibu kan dah takde...takde sape yang ambil tahu pasal Sufi lagi..kenapa Sufi lupa? dan saat itu seluruh hatinya dipenuhi rasa sayu...

Bibir Sufi mengalun lembut lagu Kasih Ibu sambil menahan sebak...akhir-akhir ni rindu pada arwah ibu semakin membuak. Lantas Sufi bingkas membuka almari..Sufi mencapai cincin pemberian arwah ibu lalu disarungkan ke jari manisnya..rindunya ibu...cincin ini hadiah dari ibu 12 tahun yang lalu...ibu...
Sufi rindu ibu...airmata gugur perlahan-lahan..

Mungkin juga kerana memikirkan sepanjang cuti ini Sufi sendirian di rumah sewa. Sedangkan kawan-kawan serumah yang lain pulang ke kampung, bertemu ibu ayah masing-masing..

Ahh..usahlah bersedih Sufi, masakan kamu merasakan sendirian sedangkan Allah setiap masa bersamamu?




Lembut ku kenang kasihmu ibu

Di dalam hatiku kini menanggung rindu
Kau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu oh di dalam nadiku

Sembilan bulan ku dalam rahimmu
Bersusah payah oh ibu jaga diriku
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatimu

Tiada ku mampu mambalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku

Indah Bercanda Denganmu Ibu
Di Dalam Hatiku Kini Selalu Merindu
Sakit Dan Lelah Tak Kau Hiraukan
Demi Diriku Oh Ibuku Wahai Ibu



Allahummaghfirli waliwalidayya 

Warhamhumma kama robbayaniy shoghiro











Thursday, February 2, 2012

Buat sahabatku

"Pertama, ingati aku dalam setiap doamu." 
"Kedua, kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku." 
"Bila aku bengkok, Kau luruskanlah aku." 
"Jangan kau asingkan diriku daripada kehidupanmu."  
(Petikan pesanan Zaman kepada Saifullah dari novel Terasing...)







sahabat, jangan asingkan daku saat daku khilaf kerana itu hanya akan membuatkan daku terus hanyut...
doakan, tariklah, luruskan ku kembali...itulah yang aku perlu duhai sahabat...
sekali pun saat itu aku akan memusuhimu bila kau ingin aku kembali, 
ketahuilah itu kerana aku dibutakan dengan dosa..
bersabarlah dalam meluruskan daku...
dan bila daku kembali lurus..
terima kasihku kepada mu tidak terhingga duhai sahabatku...