Thursday, November 24, 2011

Impianku...

Teringat masa ana menjaga arwah emak yang terlantar sakit di Hospital Besar Kota Bharu 3 tahun lalu...sambil memotong-motong epal untuk emak, ana bertanya dengan wajah yang penuh angan-angan :) 
" mak, boleh tak nanti, ja nak duk kat Madinah?, Ja nak dok dekat dengan Rasulullah..."
" Bila mak dah tak ade, pergi la ja, nak dok Madinah pun, lagi mak suka, " jawapan mak membuatkan ana tersenyum meleret...ahhh emak!! mak sahaja yang faham hati anaknya yang seorang ini..


Ana tak tahu bila, bagaimana, semua ini akan berlaku..sebab ana perempuan, mana boleh nak bermusafir sendirian...semua tu impian ana...ana terlalu sangat mencintai Rasulullah..terlalu!! satu2nya lelaki ajnabi yang ana cintai dan kasihi sejak ana kecil...



ana amat merindui bumi Makkah dan bumi Madinah..pernah ana sebut rindunya nak ke sana...ada orang mengatakan
"pernah pergi ke?"
"tak" jawab ana.
"perkataan rindu itu sesuai untuk orang yang pernah pergi je," katanya
OBJECTION!!! nope!! ana tak setuju! rindu itu satu perasaan yang sukar ana luahkan...mmg tak mampu untuk ungkap dengan perkataan sekalipun ana berulang kali menyebut rindu..sesiapa berhak punya rasa rindu kerana bumi Makkah dan Madinah itu sangat istimewa...


Setiap kali mendengar sahabat2 ana mahu menunaikan umrah..bercucuran airmata ana. Hari tu, adik angkat ana berpeluang ke sana...sebaik pulang, adik ana ini bercerita keindahan bumi Makkah dan Madinah..macam2 yang dia cerita..indahnya...kami sama2 menangis bila tiba cerita sedih ttg perang uhud dan sebagainya..Pulang dari bertemu adik angkat ana, rindu ana makin tak tertahan...terlalu rindu...semoga Allah sampaikan ana ke sana. Dan malam itu Allah pujuk hati ana, ana di bawa ke sana walau cuma dalam dunia mimpi...tiba di bumi Madinah dan Makkah...perkenalkan ana dengan bumi Madinah dan melihat indahnya kaabah walau dari kejauhan.....tak mengapalah...pujukan Allah terlalu manis...

Dan sehingga hari ini..kerinduanku pada Rasulku, pada bumi barokah tersangatlah kuat...ana akan terus menunggu saat dipertemukan dengan kekasih yang paling dirindu...



Friday, November 11, 2011

Kemaafan sebuah dendam terlerai


Dan tidaklah sama kesannya dan hukumnya perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah kejahatan yang ditunjukkan kepadamu dengan cara yang lebih baik, apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah sahabat karibmu.
(Surah Fushilaat : 34)
Seorang sahabat yang telah melakukan kesalahan telah mengatakan kepada sahabatnya,

“Aku memohon maaf kepadamu kerana kata-kata itu.”
Sahabatnya seraya berkata,

“Tidak mengapa ya saudaraku, aku memberi maaf apasahaja kesalahanmu, kerana hakikatnya manusia memang memerlukan kemaafan lantaran ketidaksempurnaannya. Tiada sebab untuk aku menahan kemaafan kepadamu.

Maka, sahabat yang tadi berkata pula,

“Terima kasih ya saudaraku, begitu jugalah aku memaafkan segala kesalahanmu terhadapku.”
Mulia Seorang Pemaaf
Rasulullah s.a.w bersabda :

Wahai Uqbah mahukah engkau aku beritahu akhlak bagi penghuni dunia dan penghuni akhirat yang paling mulia? (mereka) ialah ;
  1. Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskannya
  2. Memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu
  3. Memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayaimu
Begitu indah dan tenangnya tatkala memberi kemaafan. Ketenangan itu akan menyusup masuk ke seluruh urat nadi sehingga ke hati orang yang beriman.  Meskipun, adakalanya, kemaafan sukar dilepaskan kerana luka dihati masih terkesan.   Tetapi ajaibnya, ketenangan akan serta merta hadir sebaik sahaja ucapan ‘‘kamu diberi maaf”.  Itulah hidayah Allah SWT.
Tetapi, janganlah melepaskan maaf dengan bersyarat atau memaafkan kesalahan sesorang ibarat menegakkan besi yang bengkok.  Bukankah apabila menegakkan besi yang bengkok, kesan bengkokan pada besi tetap ada?  Sebaliknya, berilah kemaafan ibarat menukar kain yang kotor kepada kain yang baru.

Can forgive, can’t forget - Istilah paling tepat untuk menghuraikan bidalan menegakkan besi yang bengkok.

Can forgive, let’s forget
– Istilah yang paling sesuai untuk bidalan menggantikan kain yang kotor kepada kain yang baru.

maaf

Adakah kita termasuk dalam golongan yang suka memberi kemaafan? Siapakah yang benar-benar menikmati kemanisan kemaafan tersebut?


Mungkin kita boleh berhenti seketika dan berbincang persoalan-persoalan ini. Mungkin selepas ini kita akan merasainya suatu perkara yang besar walaupun sebelum ini kita merasakannya suatu yang remeh.
Ada seorang sahabat yang Rasulullah SAW tunjukkan sebagai ahli syurga, hingga sahabat-sahabat lain mula sibuk menyelidiki apakah keistimewaan sahabat itu hingga ditunjukkan oleh Baginda Rasul sebagai ahli syurga. Akhirnya diketahui bahawa amalan sahabat itu macam biasa saja berbanding sahabat-sahabat lain. Cuma satu perkara yang telah mengangkatnya sebagai ahli syurga adalah bahawa dia sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain. Setiap kali sebelum terlelap mata, dia akan memaafkan semua kesalahan orang lain kepadanya, tak kira siapa.

         Nah... sekarang ini adakah kita masih merasakan persoalan memberi kemaafan ini suatu yang remeh?
Mungkin nampaknya agak mudah untuk kita berikan kemaafan kepada sesiapa saja yang pernah melukakan hati, menyakiti hati dan perasaan kita, atau berlaku kasar kepada kita. Adakah ianya semudah itu? Pernahkah kita dicaci maki oleh seseorang dengan kata-kata yang terlalu kesat sehinggakan kita begitu tersinggung, lalu keesokan harinya kita bertembung dengannya tanpa disengajakan dan kita pun mengukir senyuman yang ikhlas dari hati kita tanpa sedikitpun kepura-puraan? Kalau pernah begitu, saya ingin ucapankan setinggi-tinggi tahniah kerana anda memiliki kekuatan jiwa dan seorang yang gagah atau perkasa jiwanya pada pandangan Allah SWT kerana Rasulullah SAW pernah menggambarkan orang yang gagah itu adalah orang yang boleh menahan kemarahannya ketika dia marah.

Jadi untuk memberi kemaafan sebenarnya memerlukan kekuatan; kekuatan iman dan kekuatan jiwa. Kekuatan iman kerana hanya apabila kita benar-benar yakin dengan apa yang akan Allah berikan baru kita sanggup lepaskan apa yang kita ada. Hanya apabila kita benar-benar yakin dengan janji-janji Allah, barulah kita memaaafkan orang lain. Kita perlukan kekuatan jiwa kerana hanya seseorang yang kuat jiwanya serta berjiwa besar akan memandang yang kecil itu kecil dan menghargai sesuatu yang besar. Sememangnya memberi kemaafan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah SWT dalan banyak ayat-ayat Al Quran dan hadith Rasulullah SAW.

Mungkin kita hanya nampak janji-janji Allah di akhirat nanti. Bagaimana pula semasa kita masih hidup, apa yang akan kita dapat dari kemaafan yang kita berikan itu?
Sebenarnya hasil dari kajian pakar-pakar psikologi, sebahagian besar daripada masyarakat hari ini menghadapi tekanan jiwa yang begitu tinggi. Hinggakan daripada kajian tersebut mendapati ramai yang berumur antara awal 30an hingga penghujung 50an mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan tekanan jiwa dan perasaan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Satu hakikat yang mungkin menyebabkan timbulnya masalah hari ini adalah kerana manusia membesar tanpa kasih sayang dan jiwa kemanusiaan. Dalam suasana hari ini memang banyak perkara yang boleh menyebabkan kita marah dan terasa hati. Saya dapat melihat, terutamanya di kalangan remaja hari ini yang kekosongan jiwa kemasyarakatan; para staf membanting tulang bekerja namun tiada rakan yang hargai; kerana manusia lain hanya pentingkan hajat-hajat mereka dan apa yang mereka cari, nilai kebersamaan tidak terbina, nilai individualistik menjadi ikutan.

Wednesday, November 2, 2011

Hati-hati jaga hati...


Perkara paling sukar adalah untuk menjaga hati...jaga hati dari cinta tak halal. Sejak beberapa hari ni asyik marahkan hati sendiri...jangan lah jatuh lagi duhai hati..penuhkan hati dengan cinta Allah dan Rasul. Kalau jatuh sekarang nanti kecewa jika jatuh tak bersambut. Janganlah jatuh lagi...ishhh!! hati ni...degil pulak dia...tamau degil2 ye hati, nanti Allah marah...


Panjat bayang-bayang sendiri, jatuh sendiri, patah riuk sendiri




Ya, syukur dan sabar inilah pakaian kita. Dengannya, dapat atau tidak dapat, jadi atau tidak jadi, hati tetap sama…kita tetap memiliki dan dimiliki Allah!
 
 
 
p/s:Kredit untuk cik nedy memujukku dengan entry Ustaz Pahrol... 
 
 
 
 
 

Tuesday, November 1, 2011

pensil kontot


Hari ni tak macam semalam, sampai ofis je ana fokus buat keja..hehe..pastu sampai waktu rehat discuss AddMath dengan Prof G. Ermm...rasa berdarah2 otak nak fahami dan nak kreatifkan diri untuk membina LO Addmath yang menarik seperti kehendak pihak MARA..


fuhhh!! Jab lagi sambung discuss lagi..nampaknya tak balik raya haji lagi ana tahun ni...orang beraya ana kena pulun siapkan keja..sob3!!




Tapi bukan itu yang ana nak citer, yang menarik perhatian ana ialah, pensil kontot! haaa...jangan tatau, masa tengah discuss tu ana terpandang pensil yang Prof G guna. Masa tu Prof tgh asyik explain pasal graf kat ana, tapi ana berangan tengok pensil tu..menarik!! tapi ana tak dapat la nak snap gambar pensil tu sbb hanset ana 'canggihs' sangat. takde teknologi camera pun.hehe...camni lebih kurang, ana amik dr pacik google.


tapi yang lebih menarik, bukan setakat kontot dan ditajamkan kedua2 belah, prof tambah lagi gulungan kertas kat hujung pensil tu dan diikat dengan getah yang dah putus... ^_^, kreatif betul prof ni, mungkin dah susah nak pegang pensil tu sbb terlalu kontot so prof buat alat sokongan (kertas tu)..hehe

Ana tersenyum...sempoi la Prof ni..takde pun kalut nak cari pensil elok2..asal boleh pakai jadi je. Tak sangka gak prof jenis relaks je..bukan jenis yang menjaga standard sangat..