Monday, October 31, 2011

Duhai Pemilik diriku...


Hari ni fikiran ana agak terganggu..dari tadi buka StoryBoard untuk diedit, ana tengok screen mcm kosong…dah la pihak MARA nak ASAP, SB Addmath ni byk nak dibetulkan. Mana pergi semangat ni? Puhhhh!!! Datanglah semangat!

Mengharapkan pandangan manusia, kita akan resah
Mengharap cinta manusia, kita selalu kecewa
Lalu jika kau faham begitu khadeeja
Kenapa kau biar diri mu bertamu rasa itu?

Duhai Pemilik hati, duhai Pemilik Cinta…
Penuhkan cintaku hanya padaMu dan RasulMu…
Jika diri ini tidak layak memiliki cinta manusia
Hapuskan rasa yang mencuri hati kini

Ya Allah bahasaMu sukar ku mengerti
RahsiaMu sukar ku singkapi
Bawalah daku
Ku akur dengan ketetapanMU.


Ya Allah aku ini insan yang kalah
Balutlah hatiku yang terbelah
Juga terpisah-pisah

Ya Allah hanya pada-Mu aku meminta
Dan hanya pada-Mu ku memohon
Mohon dengan sangat


Friday, October 21, 2011

La Tahzan


kala ini adik rindu ibu...
adik nak cerita semua yang adik rasa
tapi tak mampu
adik nak minta pandangan ibu
tapi tak bisa

ibu dulu rajin pinjamkan riba, biar basah dgn air mata adik ibu tak kisah,
pinjamkan telinga dengar adik teresak-esak pun ibu tak kisah

ibu pernah cakap dulu
kalau ibu pergi manalah adik nak letak hati
dan sejak ibu tiada
adik faham Allah sahaja yang Kekal untuk adik berbicara
Allah sepenuhnya tempat adik bergantung, merintih, berlindung

ibu, malam ni adik rasa sayu
adik taknak fikir apa-apa kecuali Allah Yang Satu
adik nak pejam mata.....
adik rindu ibu...



la tahzan khadeeja....la tahzan khadeeja...la tahzan khadeeja ....
all iz well....
everything must be ok!
put ur trust in Allah!!











Thursday, October 20, 2011

minimumkan pengambilan makanan luar...


Oh duhai diriku, 
Beringatlah jangan pernah benarkan makanan yang syubhah singgah di perutmu.
Jangan biar yang syubhah mengalir di segenap salur darahmu.
Belajarlah bertegas dengan dirimu dalam perihal makanan..
Jangan ikut-ikutan...
Tapi berpegang dengan Al-Quran dan hadis, insyaAllah lebih teguh jati diri. 
Usah terpengaruh dengan manusia.

kenapa kita perlu sangat warak dalam soal pemakanan?
makanan akan memberi kesan pada
  • iman
  • akhlak
  • otak
  • organ
Ambil sahaja kisah terdahulu, 
  • bagaimana tegasnya ibu Imam Syafie menjaga pemakanan anaknya.
  • bagaimana Abu Bakar memuntahkan kembali susu yang diminumnya dr bila mengetahui ia dari duit zakat.
  • bagaimana Umar Al Khattab memilih gadis yang warak dalam menjaga halal haram sebagai menantunya dan dari situ akhirnya lahirlah warisannya yang hebat iaitu Umar Abdul Aziz.
  • bagaimana Umar Abdul Aziz merampas epal dari mulut anaknya kerana ia datang dr wang baitulmal.
Namun tak dinafikan dalam keadaan negara maju ni, pelbagai jenis makanan yang ada..kalau dulu mungkin tiada junk food, fast food semua tu..tapi sekarang semua tu lah yang menjadikan kita perlu lebih mujahadah dalam menjaga makanan...



Langkah2 nak jaga pemakanan

  1. Berdoa bersungguh-sungguh semoga Allah menjaga kita dari makanan yang tidak diredhai.
  2. Cari ilmu tentang pemakanan.
  3. Pilih bahan mentah di kedai Muslim 
  4. Baca label kandungan bahan
  5. Ambil tahu siapa pembuat bahan makanan, bahan apa yang diletakkan, cara proses.
  6. Masaklah di rumah dengan bahan yang diyakini
  7. Kalau nak makan kat luar pun, pilihlah restoran yang kita tahu dan yakin akhlak pemiliknya
  8. Letak tangan kat hati, dan rasa kalau rasa tak sedap hati usahlah makan makanan tu.(yang ana selalu buat kalo pilih makanan kat luar)
  9. Jangan jadikan nafsu makan sebagai keutamaan, jadikan redha Allah sebagai pencarian

Sukarkah? ada orang akan kata, abis tu semua tak boleh apa yang boleh?
Jadi, makan sahaja apa yang boleh kenapa mahu makan apa yang tak boleh?

Ana juga masih belajar untuk semua ni..jom sama-sama yukk!!  ^_^
p/s: tengah berusaha siapkan journal makanan yang halal dan haram..journal ni penting untuk masa depan..buat rujukan anak-anak ana nanti...^_^ (yolah tu...berangan2 journal tak siap2..ish3!)




Monday, October 17, 2011

wake-up, leave up the make up!


Semalam ana dan cik nedy singgah ke Kedai Buku Syabab di PKNS Bangi..Tengah ralit ana meninjau-ninjau buku tiba-tiba cik nedy mencuit ana. Dia menunjukkan ana petikan dari sebuah buku,

“ wanita yang suka bersolek itu umpama kanak-kanak yang suka menghias wajah dan berpakaian cantik dan baru”

Kami saling berpandangan dan tiba-tiba kami ketawa…kelakar pulak rasa analogi ni. Selama ni tak pernah terfikir camtu..

Tapi betul la kan? Budak-budak pompuan mmg suka main mekap. Dok depan cermin lelama. Ingat anak buah ana yang paling keletah. Bukan main pening kakak ana bila setiapkali tengok bedak compactnya pecah, listiknya patah..heheh.. pantang nampak kasut semua nak dipakai..kasut maksu ke, kasut mak ude ke…pastu suka perasan ala-ala puteri..aduiii…

erk! ana dulu camtu ke? Jab nak recall….emmmm….rasanya tak..heheh…takkk…ana terbalik skit..mekap2 ni tak menarik perhatian sgt. Yang selalu ana rembat masa kecik dulu lastik abg, bola, joran. Best lagi ikut abg gi cari ikan laga atau lastik burung atau masuk hutan cari buah2 hutan. Bestnya…tinggal kenangan je..

Okay, kesimpulannya, usah buang duit dan buang masa dengan sesuatu yang tidak bermanfaat.

Ya Allah palingkan wajah kami dari segala bentuk nikmat dunia.

Sunday, October 16, 2011

pandanglah dengan mata hati


Pandanglahku dengan mata hati, ku rayu padamu...erm...tak perasan lak ana suka lagu Nubhan...hehe..

Tapi ari ni nk cite pasal pandang dengan mata hati dari sudut lain...sebelum ana menrestkan diri, ana nk kongsi dulu isi kuliyyah pagi td...

soalannya: berapa banyak kita menangis tatkala berhadapan dengan Allah? waktu solat ke...ketika munajat malam2 ke...masa bertaubat..

ada org kata "saya nangis tapi tak bersungguh2 sbb saya rasa saya takde buat dosa besar"

erm...macam tu ke? kita tak byk dosa ke? kena tggu dosa besar je ke utk nangis?
tp mmg pun kan org skang susah nk nangis tambah2 lelaki...cukup payah jumpa lelaki mudah ngalir airmata..tapi....zaman para sahabat dulu ramai je...

ok, satu contoh, sahabat nabi Abu Bakar as siddiq...Rasulullah pernah bertanya pada hadirin yang ada


"siapa di antara kalian yg berpuasa sunat hari ini?"
ramai yang angkat tangan termasuk Abu Bakar.

"siapa di antara kalian yang menziarahi orang sakit hari ini?"
semakin berkurang orang yg angkat tangan tapi Abu Bakar masih angkat tgn.

"siapa di antara kalian yang bersedekah fisabilillah hari ini?"
semakin sedikit tp Abu Bakar tetap mengangkat tangan.

"siapa di antara kalian yang mengiringi jenazah hari ini?"
hanya Abu Bakar yang angkat tangan.

Siapa Abu Bakar? orang biasa mcm kita kah? dia sahabat nabi yang sangat byk ibadahnya..bukanlah orang yang selalu tergelincir seperti kita. Tapi siapa dia bila berhadapan dengan Allah? dialah ratu air mata...jiwanya luluh tatkala menghadap Allah. Menangis hingga basah janggutnya...dan kita? Begitu ego di hadapan Tuan sendiri.

Pandangan 'mata hati' ialah bila kita dapat melihat maksiat yang ada dalam diri sendiri. Bila seseorang dapat melihat maksiat dalam dirinya dia akan merasa takut akan dosanya..

siapa yang akan membuka hati kita untuk melihat sesuatu yang lebih baik jika bukan Allah
siapa yang akan membawa pendengaran kita untuk mendengar sesuatu yang baik kalau bukan Allah...

Jadi jangan kita sombong dengan Allah dan merasa selesa selalu...biar Khauf dan Raja' sentiasa bersama dalam menangih rahmat Allah...

sekian dulu...wassalam. ^_^