Friday, September 23, 2011

Kacak Luar Kacak Dalam?


Gambar hiasan je tade kaitan pun...

"Islam itu menyeluruh...segala aspek kehidupan..bukan kat luar bukan main bergaya, tapi kat rumah, kat bilik, bersepah-sepah",kata bonda.

Yups..betul..jangan kacak kat luar je kat dalam berselerak...
sebab kalo macam ni kita nampaknya tak praktiskan ajaran Islam sepenuhnya dalam kehidupan..
Contohnya kita jaga solat, jaga aurat, tapi dari sudut kebersihan kita abaikan.
Kebahagiaan itu bukan terletak pada luaran tp pada hati..kan?
Buktinya...
ada orang rumah dia kemas baru dia rasa bahagia,
tapi
ada orang bahagia je tinggal dalam
rumah tolak-tolak <-- istilah adik ana untuk rumah yang terlalu byk barang sampaikan kalo nak letak barang baru kena tolak-tolak barang lain yang penuh kat meja...hehe..

gambar bawah ni ana kidnap dr en google


Bila buka almari tersingkap isinya...hehehe


ruang tamu? ruang baju?


dapur


tandas?? (tak sanggup nak upload kat sini..)

Ana tak kata orang lain, ana pun ada masa timbul rasa malas tu tambahan pula bila kita penat balik keja dan tengok rumah bersepah...jadi ada sedikit petua pujuk hati supaya tak malas dan tak ikhlas..hehe..

1) Pesan pada diri, Islam mengajar penganutnya tentang kebersihan, jadi akukan islam..kenalah bersih!
2) Cakap pada hati, Allah itu cintakan keindahan, kebersihan..jadi Allah cintakan orang yang pembersih.
3) Luar je nampak cantik tapi kat dalam rumah tak bersih, macam tu jugak kita luar je nampak bagus tapi hati ada something!(kalo ingat yg ini mmg akan cepat je pegi mengemas...hehe,seram!)
4) Setiapkali menyapu sampah rasakan umpama menyapu dosa2 kita (fuhhh...byknya dosa2 kita kena bersihkan hari2...sbb tu kena selalu istighfar kan?)
5) Sibukkan hati dengan berzikir supaya hati tak sibuk membebel sambil mengemas (nanti hilang ikhlas)

okay sama2 kita pelihara rumah kita supaya jadi selesa..




Tuesday, September 20, 2011

Mencari Abu Umar Al Fateh...



Masih adakah warisan Umar? Masih adakah remaja Al-Fateh?

Di mana dikau Muhammad Umar Al Fateh...
Siapa abi mu?
Siapa ummi mu?
inginku pinjam dari mereka dirimu seketika
singkapkan kebenaran yang dipijak sekian lama
Dan jika daku ummi mu?
Mengapa abi mu belum kunjung tiba?


Thursday, September 15, 2011

berhati-hati dengan tangan yang menulis



Setiapkali ingin membuat post ana berfikir panjang...
Allah redha tak dengan apa yang ana tulis ni?
Adakah tulisan sebegini memberi manfaat pada orang lain
atau sekadar memuaskan kehendak hati ana?

berhati-hatilah dalam setiap tulisan atau bicara
kerana setiap itu kita akan dipertanggungjawabkan di depan Allah nanti...
nampak simple kan?
mencoretkan peristiwa atau meluah rasa..
kadang-kadang cuma sepotong ayat je di laman fesbuk atau twitter atau mana2..
tapi...
adakah ia perkataan bermanfaat atau sia2?

Sama-sama kita bermuhasabah..
apakah kita menulis untuk mencari redha Allah atau mencari redha manusia...
jangan sampai kita memperkatakan sesuatu yang sia2..
diam itu bahasa terindah...


Monday, September 5, 2011

Ukuran kejayaan


masuk U and grad



kerjaya hebat

kereta bagus


banyak gadget


rumah penuh perabot



Apakah ini ukuran kejayaan seseorang insan? Tak salah memiliki tapi jangan sampai dirimu tertipu dengannya..bukan semua ni tujuan hidup, bukan ini ukuran yang dicari...manusia....sangat suka mengukur melalui kebendaan...penting sangat kah suma ni? Allah Yang Maha Adil itu cuma menilai melalui satu iaitu Taqwa!

Ramai orang lebih bimbangkan anaknya tak pandai belajar, tak dapat masuk U, nanti apa orang kata, tade masa depan...berapa ramai yang risau anaknya jadi soleh ke tak?kejayaan yang sebenar ialah kejayaan ketika meniti titian sirat...apakah kita berjaya? itu yg patut kita risau..

bandingkan ye...

Si A: memiliki semua yang ada di atas yang sibuk membina kerja dan keluarganya..

Si B: tiada satu apa pun di atas, belajar sampai SPM je..tapi dia dok umah, berbakti pada mak ayah dan jadi hamba yang solehah, tidak pernah terlalai dengan dunia mewah, tak pernah terleka dengan fesbuk, twitter dan berblog...kerana dia sendiri tidak mengerti apa itu ipod, ipad semua tu...

Jadi kat sini siapa yang lebih banyak mengumpul saham kejayaan akhirat? si A atau si B? jadi usah memandang rendah sesama manusia...boleh jadi orang yang kamu cebik itu akan kaya dan kamu akan fakir di akhirat nanti...

Dunia ini tempat aku bermain dan makan roti, nanti aku akan kembali ke tempat ku, negara akhirat (bicara Rabiatul Adawiyah)