Tuesday, August 23, 2011

Pelajar yang kuhormati

Salahkah guru menghormati pelajar? terbalik pula kan? hehe...saling hormat menghormati...ingin ana kisahkan ialah tentang bagaimana ana mengagumi seorang pelajar ana...melihat peribadinya membuatkan ana tanya-tanya siapakah ibunya...erm...begitu kuat ye pengaruh didikan ibubapa...seperti kata orang arab
" Tidak perlu kau ceritakan siapa anak kamu, melihat dirimu aku sudah mengetahui siapa anak kamu "..
banyak perkara yang buat ana kagum dengan dia..cuma takleh la citer semua..3 tahun mengajar dia tak muat la page ni...jadi ringkaskan mana yang ana penting untuk fokus kali ini.
Kali ni fokus pd pemakanan. Cerita ni semuanya beberapa tahun yang lepas semasa ana bergelar guru..

Insiden 1
satu petang sambil melihat pelajar2 sekolah rendah berebut2 membeli di koperasi sekolah, pelajar yang berusia 15 tahun ini menyoal ana...
"cikgu tahu kah yang semua aiskrim kat Malaysia ni non muslim yang buat?"

"iye kah? maknanya tidak halal?"
"Itulah halal haramnya tidak diketahui secara sahih...sebaiknya tinggalkan saja" ujarnya selamba.

ohhh....ana memang penggemar aiskrim. Barangkali dia selalu nampak ana menikmati aiskrim petang2 di bangku panjang sementara kelas tuisyen bermula.
"Hati-hatilah memilih makanan dan minuman. Banyak yang syubhah dan memudaharatkan. Contohnya Milo," tambahnya lagi
"Haaa? Milo pun? saya ni dari dulu minum Milo je, abis nak minum apa lagi?"soalku dengan nada susah hati.
"Cikgu...bukan main banyak lagi minuman halal dan baik yang Allah sediakan kat bumi ni, cikgu boleh kata takde..,"sambungnya sambil tersenyum.
Gulppp!!!Ayat menusuk jiwa!Terkena sebiji ke mukaku...

Mulai saat itu aku mula memikirkan perihal syubhah dalam makanan..jika sebelum ini asal ada tanda halal kat paket makanan semua ok...ohh tidakk!!Jahilnya aku..


Insiden 2
Ana menemani sahabat ana Ustazah Aini ke kantin untuk menyerahkan report kad kepada ibu pelajar ana tersebut. Ibunya tidak dapat menghadiri Hari Muzakarah tempoh hari. Ana tak melepaskan peluang bersua muka dgn orang yang ingin ana kenali.

Melihat ada markah yang kurang memuaskan hati, ibunya bertanya pada pelajar tersebut di hadapan kami
" adik makan apa kat sekolah? Ada beli apa-apa yang tak baik ke kat koperasi?"soal ibunya tegas.
"Banyak makanan kat koperasi. Biasanya adik beli kerepek," jujur dia menjawab.
"Adik tau kan Saidina Umar, kalo di hidangkan 10 jenis makanan halal di hadapan dia, dia cuma pilih satu yang paling baik,"bicara ibunya membuatkan ana sedikit sebanyak mendapat gambaran bagaimana didikan yang diterima pelajarku ini di rumah.


Insiden 3
Ana melangkah masuk ke rumah yang penuh sederhana itu..dan menghulurkan sedikit kek coklat yang ana beli di gerai jiran ana. Hari ini ana mula join usrah dgn ibu pelajar ana.
"Maaf tanya, cikgu beli kat mana kek ni?"
"Saya beli kat gerai depan rumah saya, nape ye?"

"Bukan apa, kami selalunya hati-hati membeli kek atau makanan kat luar, tengok siapa yang jual, akhlaknya, bahan yang diguna" Ibunya menerangkan.
Ana me
ngangguk-angguk..Betapa dia amat berhati-hati dengan setiap suap makanan yang bakal masuk ke mulutnya dan anak2...
kini ana faham makanan mempengaruhi akhlak.
Dan bemula saat ana menanam tekad menjaga sebaik mungkin urusan pemakanan...tidak mengapalah sukar sedikit, tampak leceh...jika bersabar atas ketiadaan demi menjaga agama Allah, insyaAllah akan diganti dengan yg lebih baik.. langkah pertama ialah mencari ilmu...ilmu tentang pemakanan...dan sehingga kini ana masih mencari ilmu tentang pemakanan..



Sabda Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam-; "Sesiapa menjaga dirinya dari melakukan perkara yang syubhah (yang samar antara halal atau haram), sesungguhnya ia telah menyelamatkan agama dan kehormatan dirinya. Sesiapa melakukan yang syubhah, dibimbangi ia akan terjatuh ke dalam yang haram"
(HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari an-Nu’man bin Basyir –radhiyallahu ‘anhu-).

dulu ana tahu hadis ni tapi tak beramal dengannya...ish3!!!suka ambil mudah....
okay la dah pjg sgt rasanya...nanti sambung lg bab pemakanan ni...tataaa.wassalam..


Friday, August 19, 2011

Kafan buat ku...


kafanku sudah siap ditenun lalu bagaimana daku punya masa untuk bergelak tawa terpaut dengan pesona dunia?
Jika ditanyakan orang2 soleh mengapa mereka tidak berhibur?

Maka mereka menjawab
Bagaimana kami hendak berhibur jika
mati dibelakang kami,
kubur dihadapan kami,
Neraka memburu kami
&
Allah pemerhati kami



Tuesday, August 16, 2011

Mengapa bukan saya?




14 Ogos 2011/14 Ramadhan 1432

Sufi menangis tersedu-sedu apabila impiannya selama ini direalisasikan Allah tapi bukan pada dirinya tapi pada orang lain...
Mengapa bukan saya?
jerit hati Sufi...
bingung dia mencari jawapan bahasa milik Ilahi yang sukar difahami olehnya seorang hamba yang terbatas akalnya...


15 Ogos 2011/15 Ramadhan 1432

Dalam indah dhuha, mengigil tubuhnya menahan takut...
bimbang jika di akhirat nanti Allah tidak sudi memandangnya...
Apakah kerana Allah tidak memandangnya lalu doanya tidak makbul?
dahsyatnya jika Allah tidak memandangnya di dunia dan
lagi dahsyat jika Allah tidak memandangnya di akhirat.

Oh Tuhan!!...

Setelah itu Sufi terbaca satu artikel berkenaan doa yang paling afdhal di bulan Ramadhan. Rasulullah SAW tercinta berpesan doalah mohon keampunan.




Sedangkan Sufi tau dia sibuk meminta yang lain...
Keampunan itu yang perlu...
sedangkan Aisyah yang telah dijamin syurga pun diajar utk berdoa dengan doa ini...
apatah lagi Sufi yang penuh dosa...
baru Sufi faham,
bagaimana doa nak makbul jika dosa belum terampun,
bagaimana doa akan makbul jika hati penuh lumpur...

Ampunkan Sufi ya Allah kerana seolah2 mendesak ditunaikan hasrat hati...


16 Ogos 2011/16 Ramadhan 1432

Selesai bersiap-siap untuk ke ofis pagi tu, Sufi melabuhkan punggung di sisi ibunya yang asyik membelek Quran dan tafsirnya...
Ibu mengambil peluang test kefahaman tajwid Sufi...
oh!!ada beberapa tempat yang Sufi terlupa...
ibu kata jangan biar kita khatam dengan bacaan yang salah..tambahan lagi dalam Ramadhan ni, semua berlumba2 nak khatamkan Quran.


Pastu ibu tanya Sufi apa yang Ibnu Attailah Assakandari maksudkan dengan " Janganlah memohon apa yang kamu mahu tapi mohon apa yang telah ditetapkan untukmu"


Sufi terdiam...
nak jawab tapi tidak pandai pula rasanya nak menyusun ayat...


Akhirnya ibunya menjawab bagi pihak Sufi , maknanya...
tak perlu minta dengan Allah apa yang tidak ditetapkan untuk kita...
contohnya...
Allah dah tetapkan kita solat, maka doalah kita dapat solat dengan sempurna,
Allah dah tetapkan kita kerjaya ni, doalah kita jadi pekerja yang ikhlas yang rajin..
bukan kita doa nak kerja lain pulak...

opsssssssss!!! Sufi garu tempat tak gatal nampaknya...
faham sekarang...
semua tu berkaitan dengan konsep syukur...
bila kita merasa cukup dengan apa yang ada bukankah itu namanya syukur...
bila syukur Allah akan tambahkan lagi nikmat yang kita tak duga...
bukannya macam Sufi buat sekarang meminta terus apa yang diimpikan selagi tak dapat...
itu namanya tamak...
tamak itulah yang akan merosakkan agama...

Jawapan pada persoalan mengapa bukan saya sudah dijumpai....


Syukur-Redha-Ikhlas-Tawakal, Itulah bicara Allah pada seorang Sufi...

17 Ogos 2011/17 Ramadhan 1432

Semoga segala selamat...selamat tinggal...