Thursday, December 30, 2010

Jom ke Pulau Sayak !!




Last week kami pegi Pulau Sayak...kat Kuala Muda...cantik amat tempat tu...mula2 ana macam malas je nak layan..yelah ana dan anak2 buah beria2 nak gi main air kat taman tema air (mcm budak2 je...bior le), alih2 abg ngah sesuka dia mengubah planning. Bawak kami ke Pantai Merdeka..Kak Ngah pun perasan ana banyak diam. Tp dia pun takle watpe..kuasa veto kat tgn abg ngah maklumla dia pemandu pelancong...

"relaks la jgn muram durja," ujar kak ngah.
"takdelah org ni sgt susah nak dapat cuti, jadi nak la hargai masa cuti ni alih2 tak dapat nak gi main air," balas ana..hehe..

Pastu kami sampai ke sebuah kawasan teluk yang dipanggil Pulau Sayak....erm.... kat sini ana rasa lapang sbb tak ramai orang. Ala2 pulau pangkor tp kawasan dia kecik je. Petang tu lepas asar baru ana turun jalan2 ke pantai...anak2 kak long dan anak2 kak ngah dah berendam dalam air...dah mcm dugong masing2..heheh...ana pun mencari port2 best utk menikmati keindahan petang di tepi pantai...rasa damai sangat, dok atas batu rendam kaki dalam air...bunyi 2 ombak lagi...subhanallah... indah...damai....

Agak petang, dalam kol 7 baru ana balik chalet, bukan jauh pun betul2 depan pantai...balik2 je kak long dan kak ngah tgh masak dinner.

" waahh...kakak2 ku dah masak," ana teruja melihat nasi goreng...
"yelah tunggu awak jln2 kat pantai lama sgt," balas kak long
gegegege....tp pastu ana sambung la keja memasak biar kak long + kak ngah solat.

Mlm tu BBQ ana cuma sempat mkn ikan tenggiri + ikan termenung je..lain2 suma diclearkan oleh anak2 berbuah ana..ishhh!! dahsyatkan mereka?hehe..

Esok paginya, pukul 7 pagi ana mengerahkan anak2 buah untuk jogging bersama2...lumba lari tepi pantai..best sgt sbb takde org..famili kami je. Alah lumba ngn anak buah lelaki mesti la ana terkebelakang...hehe..pastu ana buat pertandingan istana pasir antara anak2 buah...tp dorg buat sekerat jalan je...sbb tak sabar nak join ana berenang ala2 sotong...hik3!!

Tengahari tu sebelum berpisah ana peluk tiom kak ngah,
" Angah, time kasih bawak dtg sini,"
"best tak?" tanya kak ngah
"best!! mcm pangkor tp lagi tak ramai org...," ujarku...puas hati sbb tak ramai pengunjung...kalo ramai2 mmg tak best la, tak bebas nak main air, agak sukar nak jaga aurat ...

pastu ana peluk kak long erat2...nak berpisah...sedih...kami berpisah di situ. Kak long sekeluarga balik ke kelantan, ana dan famili abang balik ke KL, kak ngah sekeluarga balik Sg Petani...

"Tak puas kan jumpa adik beradik? Camni la kita bila mak ayah takde kena pandai2 rancang nak bersama2.. kalo tak susah nak jumpa sebab masing2 dok jauh..." kata abang masa dalam perjalanan pulang.

Aaa..rindu lagi nak lama2 dgn abg dan kakak2 ku...tak puas jumpa drg....windu3!!




suasana pagi ditepi pantai....dalam kol 7.30 pagi..



port ana suka...



anak2 dugong opssss!!! anak2 buah sedang berendam



npk tak bola kami? tak kan? hehe...hanyut pulak, ana la tak dapat selamatkan bola tu...maklumla tak pro berenang



ini si tukang baling bola..meratapi nasib apakah kena ganti balik bola anak pak ude dia...ngeh3!!



p/s:

soklan maut kak long dan kak ngah masa tgh jln2 kat pantai
" bila ni nak kahwin? orang carikan taknak, umi kat kg dah byk kali tanya bila kak ja nak kawen"
aiyaaakk!!! apa mau jawab?
" Tahun depan kawen," ujarku yakin...adessss!!!
" Maksu dah ada calon ke?" soal anak buah ku...
"Belum...hehehe....takpe jumpa je bakal paksu, maksu ajak dia kawen."

adoii....besarnya misi tahun 2011 ni, kena cari menantu utk mama dan baba, adik ipar utk kakak2 dan abg2, abg ipar utk adik2, paksu utk anak2 buah, yang lagi mustahak ayah dan imam utk ana dan anak2....(muka sedang berfikir.....mana nak cari?)

Monday, December 27, 2010

bisik ikan


waaaaaaaaaaahhhhhhh......cantiknya...!!ana mencapai kamera dan snap je gambar sawah padi dari dalam kereta...cantiknya....bestnyer...mulut ana tak abis-abis brceloteh sambil memuji indahnya ciptaan Allah..damai sgt tgk sawah menghijau.

betul kata anis mmg padi tgh meghijau di kedah skang ni.. so gambar kat bwah ni ana snap dalam perjalanan nak ke kuala muda.




sawah hijau mengujakan daku...


lepas tu abang ngah ana berentikan keta kat tepi pantai....haaa...ini tempat yang tsunami dulu...
ooooo....suma ditambak dengan batu2 apa lagi ana sempat snap dan posing 2-3 gaya kat sini..hehe
berhadapan dengan laut ni dapat dilihat rumah2 yg dihancurkan oleh ombak besar tsunami...rasa menyesal pulak masa tragedi tu tak datang...mesti dorang suma tgh susah masa tu..ishhhh....




lokasi tsunami (kuala muda)


tugu sampan (peringati tsunami)



kesan dari tragedi Tsunami


selepas itu kami meneruskan perjalanan sampai ke jeti kuala muda...haaa...kat sini best! ana dapat satu pengalaman baru...ana tanya "kita nak ke mana ni?" sbb suma org turun dari keta.
anak buah ana yang tingkatan 3 kata" jom lah maksu kita tgk bisik ikan...."
"haaaa??bisik ikan tu apa?" ana ingatkan nama tempat atau kuih muih berasaskan ikan...hehehehe
"jom la...kat malaysia ni, sini je ada bisik ikan," sambung anak buah ana.
So (aceehhh nak ckp jadi sebenarnya), ana pun dgn berdebar2 dan tertanya2 berjalan bersama kak long, kak ngah dan anak2 buah ana menuju ke jeti.

biasalah jalan yang lecak dan tambah pulak air ikan atas lantai membuatkan ana perlu berhati2, bimbang pulak skirt labuh ana meleret mengelap lantai hanyir tu..hehehe....sape suruh pakai skirt..takpe abaikan....keinginan nak tau apa itu bisik ikan lebih kuat..
pastu kak long tunjuk kat ana
"haa tu nampak tak? org tu bisikkan harga kat penjual..kalo penjual tu setuju dapatla kat dia"
ana masih termangu2...rupa2nya kaedah bisik ikan ni ialah

  1. peniaga letakkan selonggok ikan/ketam/udang atau apa2 jenis seofood kat lantai.
  2. orang ramai yang berminat nak beli mengerumuni tempat tu.
  3. pastu pembeli akan menawarkan harga yang ingin dibeli pada peniaga dengan kaedah membisikkan harga di telinga peniaga.
  4. Jadi peniaga akan menilai harga mana yang dia nak tanpa diketahui oleh orang lain brp harga yang dibisikkan oleh setiap pembeli.
  5. Jadi jika ada pembeli yang berjaya dlm sesi tawar menawar (ye ke? tawar-menawar makin murah ni makin mahal) maknannya harga yg dibisikkan itu la paling tinggi..
Waaahhhh....terpegun kejab tgk aksi2 pakcik2 ni dlm proses bisik ikan...ada jugak kaedah camni ek....sesuatu yg baru utk ana...



Ni dia pembeli sedang membisikkan harga yang ingin dibeli pada peniaga.

Itu je dulu utk entry bisik ikan, entry seterusnya pasal pantai la pulak...lalalala.....Jadi pada sesiapa yang jakun mcm ana ni jemput la ke Kuala Muda utk melihat sesi 'Bisik Ikan'...nak best cuba la bisik sekali..heheh






Friday, December 24, 2010

selamat bertugas rakan2 ku...

HORRAAAAYYYYY!!!


esok ana nak ke utara...gi umah kak ngah...adik beradik nak berkumpul umah kak ngah..lama tak jumpa kak long, kak ngah, abang, anak2 buah...jd esok ana cuti...lalalala

sian kawan2 kat opis terutama geng Data Entry, bersabar ye...ana tau tugas tu sgt mencabar...ana rehat sehari, kita jumpa isnin ni...nedy, ain dan ifa sila beli kerepek jika bosan dgn kerja anda...i dda taruk kerepek kat meja tu (RM1 satu, gegege...cari duit poket)

pada kawan2 dep, anis, hana, zila...sila tggu ros jika nk gi Mines...heheh (tempat febret zila dan hanna) hanna seorg yg fanatik Giant...Zila pulak fanatik Mines..ros ngn anis layan je...kan nis?hehe...


ok tata suma...jumpa Isnin nanti insyaAllah....


Saturday, December 18, 2010

Persembahan terakhir Form 3 ~Villa Syahdu~



Cg Rosliza a.k.a kalam_khadeeja sedang memberi komen pada mutu persembahan yang dibuat..ala2 profesional director..ekeke..eh dulu pernah dpt award The Best Director masa kat sekolah..gegegege....



Latihan diteruskan di kelas kami yg diglamourkan dgn nama "villa syahdu"
(belakang tabir=geng bunga telur sdg sibuk mem'pack'kan gula2 sbg cenderahati sambil mengomel mutu lakonan kawan2 mereka...)


Persembahan kami sempena ihtifal sekolah 2009 ni bertajuk " Seandainya Rasulullah Tiba-tiba Mengetuk Pintu Rumah Anda"

Director besar: Cik Rosliza yg garang..grrrrr (garang niii...ada berani?)
Director kecit: Hazwan
Narrator: Syuk, aswad, amirul
Pelakon : Hasif (along), ikram&ikmal (si kembar comel), asyraf(adik yg skema), syafiq (adik suka cr gaduh), lina, ziqah(adik yg suka mekap), liyana (adik suka gayut), izzati (bibik indon)
Teknikal: haziq, aiman
Kump selawat: abid, lukman, rahim, muzzakir, ajwad, zafri, farhan, amrullah

Kump bunga telur: najiyyah, hanan, aqilah, hazirah, syuhada, ....(pemerhati)
Lagu latar: Doaku (instrument), Alangkah indahnya (lagu kat blog ana skang ni)

Ana dah lama nak jadikan artikel ni sebagai pentomen. Masa mula2 ana baca artikel ni kat internet ana nangis. Tak dapat bayang jika betul2 jadi camtu. Jadi bila pengetua minta cite ttg rasulullah, apa lagi ana ambil peluang utk ke tghkan cite ni.

Perkara paling susah nak buat ialah nak suruh Hasif serius dalam wataknya terutama ketika menyambut kedatangan Rasulullah dan masa meratapi pemergian Rasulullah. Dia tu asyik wat lawak je...adushhh..benda paling best dpt dgr izzati yg terror ckp indon. dan adik2 si Hasif ni suma nakal2 espeseli syafiq.

Ana berdebar sgt masa persembahan sbb suma parents dan VIP tgk, mujurla sound effect suma bagus (pujian buat haziq,yeah), ana kat bawah ni kalut sgt, maklum la ana jugak guru pembimbing, ana jugak MC untuk majlis hari tu..adesss...sekejab mengacara majlis, pastu lari belakang pentas cari budak2 tu minta bersiap cepat.

Sepanjang persembahan perut ana kecut, bila habis ana lega sgt...suma bawak watak dgn baik..Hasif betul2 menjiwai..mukanya serius masa sedangg marah dan masa bersedih. takde lagi sengihan yg biasa dia buat...adik2 hasif pun suma pandai berlakon...saat paling sedih masa Rasulullah pergi..dan kumpulan selawat masuk...dan lagu Alangkah Indahnya dimainkan...mengikut laporan dari pemerhati ana, ada parents yang mengalir airmata...semoga kerinduan kita pada Rasulullah membawa kita berfikir adakah kita bersedia menerima Rasulullah sebagai tetamu kita hari ini?

Cuma yg ana terkilan ana tidak dapat mecari video lakonan mereka ni...kalo tak bleh kongsi kat sini.Citernya camni.....dimulakan oleh geng narattor...


Konflik keluarga pada zaman sekarang.Ibu bapa mengejar harta dunia tanpa menghiraukan jiwa anak-anak yang ketandusan kasih sayang dan perhatian.Anak- anak juga tidak diberikan pelajaran agama tetapi mengharapkan mereka menjadi insan yang sempurna.Cerita yang ingin kami persembahkan ini berkisar tentang situasi keluarga zaman moden.Tugas sebagai ibu bapa tergalas di bahu abangnya yang baru saja menamatkan pengajian dari IPT.Abangnya dengan rela menjaga adik-beradiknya seramai tujuh orang yang sedang membesar

Seandainya Rasulullah berkunjung ke rumah kita

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan izin Allah

Tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita

Baginda datang dengan wajah bersih berseri

Tersenyum di depan pintu rumah kita

Apa yang akan kita lakukan?

Mestinya kita akan rasa sangat bahagia

Memeluk erat lantas mempersilakan baginda

Masuk ke ruang tamu kita

Tapi barangkali kita meminta Rasulullah SAW

Menunggu sebentar di depan pintu rumah kita

Kerana teringat VCD dan play station yang ada di ruang tamu

Dan kita tergesa-gesa memindahkannya ke dalam

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat maghrib

keluarga kita sibuk di depan televisyen

Baginda tentu tersenyum

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita

tidak biasa membaca Al-Quran

Barangkali kita akan teringat bahawa adik kita

lebih suka menghabiskan masa dengan perkara

yang tidak berfaedah daripada berselawat

Kepada Rasulullah S.A.W

Baginda tentu tersenyum


Belum lagi koleksi buku kita dan adik2 kita

Belum lagi koleksi kaset kita dan adik2 kita

Belum lagi koleksi poster kita dan adik2 kita

Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut

demi menghormati Junjunggan kita?

Barangkali kita malu kerana adik-beradik kita

sering bertelagah antara satu sama lain

Barangkali kita baru sedar bahawa para wanita di rumah kita

tidak memiliki satu pun pakaian yang sesuai dipakai

untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW

Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita

tidak pernah mengamalkan gaya hidup Islam

Baginda tentu tersenyum

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul

didepan pintu rumah kita

Apa yang akan kita lakukan?

Masihkah kita memeluk Junjungan kita dan

mempersilakan baginda masuk ke rumah kita?

Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda

berkunjung ke rumah kerana hal itu

membuat kita sesak dan malu?

Maaf kan kami ya Rasulullah

Masihkah baginda tersenyum?

Barangkali Rasulullah merasakan kita tidak bersedia

menerima kunjungan baginda

lantas baginda mengundurkan diri dengan senyumannya itu

Senyum pilu, senyum sedih, senyum getir

MasyaAllah...

(artikel asal telah diubah suai oleh kami utk kesesuaian persembahan)

Tangisku tak mampu dibendung...aku rindu padamu ya Rasullulah....Alangkah indahnya hidup ini andai dapat kutatap wajahmu.....









Thursday, December 16, 2010

aku kecewa dengan mu....

aku kecewa seandai kau masih meletakkan dunia di hatimu...
barangkali kamu tidak merasainya dan mengatakan aku suka memandang salahmu
tidak...sekali-kali tidak...
daku cuma ingin kamu melepaskan dunia dari terus melekat di hatimu,

tanpa sedar barangkali kamu masih gembira untuk hal-hal keduniaan.
kamu masih ralat jika tidak memenuhi kehendak hatimu
kamu masih berkehendak pada sesuatu yang adakala ianya cuma tampak indah di mata manusia bukan di mata Allah

jika hatimu masih pada dunia
kamu akan merasa rimas dengan teguran-teguran yang adakala menyentuh hidungmu
jika hatimu masih pada dunia
kamu akan terus teragak-agak meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat pada mu di akhirat nanti
jika hatimu masih pada dunia
kamu akan lebih mementingkan pandangan manusia dari pandangan Ilahi

Jangan pernah megharapkan hikmah dari Allah jika hati mu masih melekat pada dunia...kerana hikmah Allah untuk orang yang bersih hatinya dari berkehendak yang bukan-bukan.



Di tangan dunia agar mudah dilepaskan, di hati akhirat agar cintamu kekal abadi


p/s: sisipan teguran buat diriku ikhlas dari diriku....


Sunday, December 12, 2010

Saiz hati mu....

Prof Syarmila merenung air tasik di depan Fakulti Kejuruteaan …kan best kalau hati dia setenang air tasik itu. Bergelar profesor di usia 40 tahun belum menggembirakan kah? Memiliki rumah, kereta, juga keluarga belum menggembirakan kah?....Arghhh…masalah selalu membelit dirinya. Dia masih rasa yang Allah seolah-olah tidak mahu mendengar doanya…dia selalu berdoa memiliki keluarga yang bahagia. Tapi apa yang dia hadapi anak-anak yang seringkali menimbulkan pening di kepalanya. Belum lagi soal suaminya yang adakala culas menghampiri Sang Khaliq. Rasa hidupnya suram..

Dia memandang seorang gadis yang sedang asyik menabur makanan kpd ikan di dalam tasik. Sesekali gadis itu tertawa melihat keletah ikan-ikan yang berebut-rebut mendapatkan makanan. Gadis itu tampak ceria seolah-olah tiada dirundung masalah. Selama dia mengenali gadis itu, jarang dia lihat wajah muram dipamerkan. Senyum sentiasa menghiasi bibirnya.

Gadis itu ialah pelajar tahun akhir Kejuruteraan Automotif yang juga adalah pelajar di bawah seliaannya dalam tesis. Sufi Humairah, gadis itu sangat unik. Prof Syarmila mula menyenangi Sufi Humairah apabila mendengar bicaranya. Bicaranya penuh hikmah. Setiap yang diperkatakan pasti punya maksud atau pengajaran tersirat.

Prof Syarmila menghampiri Sufi Humairah yang masih ralit menatap ikan-ikan di dalam tasik. Ingin benar dia bertanya, apa rahsia kelihatan tenang. Bukan Prof Syarmila tak tahu latar belakang pelajarnya itu. Anak yatim piatu yang cuma disara oleh seorang abang. Bukan dia tak tahu kesempitan yang Sufi alami. Tambahan pula berada jauh di negara orang sekarang ni.

“ Assalamualaikum Sufi. Boleh saya join awak?” sapa Prof Syarmila. Dia buang segala malu untuk mendengar nasihat dari pelajarnya yang jauh lebih muda darinya. Takpelah, tak salah belajar sesuatu dari orang yang lebih muda jika dia lebih mengetahui.

“Waalaikumussalam. Sila la prof…seronok tengok ikan-ikan ni,” pelawa Sufi sambil mengesot memberi ruang pada profesornya utk duduk.

“Sufi, saya nak tanya sikit. Kenapa ye bila saya berdoa, saya rasa Allah taknak makbulkan doa saya. Dan saya selalu berprasangka pada Allah kalau dia tak bagi apa yang saya nak. Camne nak buang rasa tu?,” soal Prof Syarmila.

Sufi memandang Prof Syarmila dan tersenyum.

“Maaf prof, saya ni bukan pandai sangat. Tapi mengikut yang saya tahu, Allah itu berada dalam sangkaan hambaNya, jika kita bersangka baik, maka baik lah yang kita terima, jika kita bersangka buruk, maka buruklah yang kita terima. Adakal kita ni terlupa kan? ,” soal Sufi kembali.

“ Terlupa apa?,” Prof Syarmila belum dapat mengagak jawapannya.

“ Kita terlupa siapa Allah pada kita. Seringkali kita mencari Allah sebagai tempat untuk meminta sesuatu. Seringkali kita mencari Allah kala kita susah. Jika kita senang mungkin kita anggap kita tak perlukan Allah. Kita jadikan Allah sebagai tempat untuk menunaikan segala keinginan hati kita. Kita meminta, terus meminta…bila Allah tak bagi kita merungut-rungut. Lebih teruk jika berputus asa bila Allah tak menunaikan hasrat hati kita. Dan ada yang berpaling dariNya. Buruk kan laku kita? Asyik meminta tak pernah bersyukur. Allah memberi mata tanpa perlu charge macam handphone. Allah memberi kita tangan dan anggota yang kita tak perlu kawal pakai remote control, semua Allah yang tolong kawal. Kita masih tak puas hati dan masih nampak permintaan kita yang belum tertunai. Kita selalu meminta itu ini dari Allah, tapi adakah permintaan Allah untuk kita taat sebaiknya pada Dia kita tunaikan? Adakah permintaan Allah untuk kita jadi khalifah di bumi kita tunaikan? Adakah setiap waktu solat kita hadir kepada Allah dengan penuh cinta atau penuh kemalasan?”

Sufi menghela nafas. Menunduk memandang tasik. Lalu dia menyambung.

“Kita juga lupa bahawa kita di dunia. Di dunia tak sama dengan syurga. Di syurga permintaan kita diberi tunai malah digandakan tiga. Tapi kat dunia bila kita minta ikan, Allah kasi kita pancing. Kita perlu usaha, baru kita dapat merasa ikan itu. Bukankah dunia itu lading ujian? Jangan kata Allah tak kabulkan doa kita, Allah sentiasa kabulkan cuma dari jalan yang kita tak nampak”.

Prof Syarmila mengangguk faham. Tapi dia masih ingin bertanya.

“ Sufi tak punya masalah? Nampak tenang je…saya ni kadang-kadang taktau macammana nak hadapi masalah atau ujian dengan tenang.

Sufi Humairah tersenyum lagi. Manis sekali gadis bertudung labuh ini. Apakah rahsia mu?

“ Sekejap ye Prof, saya gi beli air jab, dahaga pulak rasanya.” Sufi Humairah meninggalkan Prof Syarmila.

Sufi Humairah kembali dengan dua botol air mineral di tangannya dan dua paket garam. Sufi membuka sepaket garam lalu menuangkan ke dalam botol air mineral di tangannya. Prof Syarmila melihat gelagat Sufi Humairah dengan kehairanan. Setelah mengoncangkan botol air yang berisi garam tu Sufi menghulurkan pada Prof Syarmila.

“ Cuba prof rasa air ni,” ujar Sufi sambil tersenyum.

“ Masin sangat,” berkerut wajah Prof Syarmila menahan rasa masin.

Sufi humairah membuka sepaket garam lagi dan menuangnya di tasik di depan mereka.

“ Baik, sekarang prof cuba celupkan jari dan rasa air tasik ni pulak,” Prof Syarmila mengikut sahaja permintaan Sufi kerana dia tau ada sesuatu yang ingin Sufi sampaikan padanya.

“ rasa payau je…terangkan pada saya semua ni,” ujar Prof Syarmila tesenyum.

“ Macam ni, botol mineral dan tasik ni umpama hati kita, garam pula umpama masalah. Jika kita meletakkan masalah di dalam hati yang kecil dan sempit, kita akan merasai peritnya masalah itu. Tapi jika kita meluaskan hati kita seperti tasik ni, kita menerima masalah kita dengan lapang, tentu kita tak merasai peritnya masalah ini yang datang,” terang Sufi satu persatu.

Prof Syarmila tersenyum. Kagum dengan kebijaksanaan Sufi Humairah… dia mahu memiliki hati yang besar…agar lapang menerima segala ujian. Terima kasih Allah, mengirimkan seorang gadis untuk menegurku


.