Ya Rabbi sudi la pandang diri ini....
Sunday, October 31, 2010
Ku mencintai MU sedalam dalamnya....
Ya Rabbi sudi la pandang diri ini....
Posted by kalam_khadeeja at 7:01 PM 0 comments
Saturday, October 30, 2010
No Love Until Akad
dulu...dah lama dah ana pernah terbaca satu kata2 best
"Sebaik mana pun , sesolehah mana pun dia atau sesiqah mana pun seorang wanita itu
dia bukanlah wanita solehah yang sakinah yang dijanjikan Allah sebagai penyejuk mata dalam Al Quran selagi mana dia mempunyai hubungan tanpa akad dengan lelaki bukan mahram"
kata2 ni buat ana terpaut..indah!
semakin ana tanamkan azam utk tidak menjalinkan hubungan dgn mana2 lelaki
dan ana mula sebarkan pd pelajar2 ana
kempen jauhi couple...couple itu haram!
kami tampal poster di papan kenyataan BADAR
usah gusar menanti
dia pasti datang
sesuai dengan tahap iman di hati...
jadi kalo mahu yang soleh
solehahkan diri
Yakinlah dengan jodoh yang ditetapkan Ilahi
Tak perlu menagih cinta terlarang yang dimurkai
duhai ibu, sabar ye
anak mu ini barangkali belum cukup solehah
makanya si soleh yang dinanti
belum sudi hadir
sabar bu,
anak mu ini mahukan pernikahan yang dimulai dengan berkat
bukan dengan di ngorat2
biar si soleh itu dtg dengan ilmu
cintanya pada Ilahi menawan hatiku
akhlaknya wangi membuah pesona
sabar bu,
mmg cita2 ku membina keluarga muslim bahagia
menyelami indahnya hidup bersyariat
dalam Islam menjadi semakin asing di mata manusia
izinkan kami menjadi gurraba' selagi berhayat
usah gusar menanti
dia pasti datang
utk membawaku pergi
jangan bimbang
datang dia sesuai dengan iman di hati...
Posted by kalam_khadeeja at 10:27 PM 2 comments
Friday, October 29, 2010
MeReKa..!!!
dan mereka pun pergi..
Posted by kalam_khadeeja at 5:09 PM 0 comments
Thursday, October 28, 2010
ikan, kucing, burung
Ana ni mmg suka amat dengan ikan. Dulu masa jadi guru kelas 3 Ibnu Bathuttah a.k.a Villa Syahdu, kami create satu tempat kat belakang utk letakkan akuarium kecik...kami bela ikan..Ana nama kan taman kecik tu sebagai " Raudhatul Mahbuddah" iaitu taman kasih syg khas utk ikan kami yg namanya Bobo dan Bubu....pastu bila Bobo dan Bubu mati akibat lompatan jarak jauh ke lantai kelas, terpaksala ana memujuk ketua kelas beli ikan yang baru...hihi. Sian Syuk, penat layan cikgu dia yg suka ikan ni...beli jugak la walau pun dia tak suka bela ikan...alah dorang ni kata je tak suka tp bila ikan ada siap buat dialog lg utk ikan bercakap. Mcm cikgu taktau..hehe.
Posted by kalam_khadeeja at 12:00 PM 7 comments
Tuesday, October 26, 2010
hepi :) lalalala
Posted by kalam_khadeeja at 4:22 PM 3 comments
Sunday, October 24, 2010
kelemahanku...kelebihanMU ya Allah...
seperti kata kak ngah ana, ja pandai2 la uruskan diri sendiri...lepas mak dan ayah takde baru ana kenal erti bergantung sepenuhnya pd Allah...masyaAllah...
Ana diuji dgn sesuatu yang ana tau itu kelemahan ana...patut la Allah tidak mengizinkan kawan2 ana menemani ana, rupanya Allah ingin ana hadapi sendiri saat kekalutan itu. mujur la airmata ana tak mengalir..ana pun tak tahu nape kalo terlalu malu, airmata ana yg akan mengalir dulu.
Pernah ana terpaksa menyelesaikan satu masalah pelajar. Masalah yang agak sulit dan perlu dibincangkan dgn ketua biro agama. Apa yang jadi? ana tak mampu nak berkata2 dgn baik...ckp tersekat2, gelisah, pusing sana sini...ana cb utk bincangkan hal pelajar yang ana rasa terlalu sukar utk dikongsi dgn kaum adam..akhirnya krn terlalu menahan rasa malu...airmata ana mengalir...mujurlah ketua biro memahami apa yang ana rasa dan dia memudahkan perbincangan...alhamdulillah...
..subhanallah malunyer!! tapi skit2 ana belajar suap2 org...suap sahabat2 ana tanpa mereka pinta...sbb kalo diminta suap mesti ana jd kaku..pelajar pompuan yg rapat ngn ana marah ana sbb ana tak pandai menerima suapan dr mereka...maafkan cikgu sayang...cg masih berlatih...teramat la malu. ana pun taktau nape benda camtu pun nak kena malu...dah org suap, sambut jelah!! senang je...mmglah...tapi...Allah je tahu betapa ana rasa malu diperhatikan masa ana disuap....malu amat...
rosliza seorang yg sedang berusaha menyelambakan diri dalam sesetengah bab....seperti org lain yg boleh selamba....segalanya dalam redha Allah...jika Allah redha ana begini, biar la, jika Allah redha ana berubah insyaAllah ana berubah...ada orang kata insyaAllah ana akan jumpa bakal suami berlainan sifat dgn ana...(tp jgn la tak tahu malu lak sifatnya...bahaya lak..hehe)
Posted by kalam_khadeeja at 8:15 AM 3 comments
Friday, October 15, 2010
Lelaki miang + Lelaki cam pompuan + Lelaki baik
"kak, cantik la no nih...nak la!," nadia separuh terjerit gembira melihat no yang tidak disangka2 nya. Ish! bukan no ekor...no tepon...ana tersengih sambil melihat no yang ditunjuk nadia.
Tiba-tiba...
"beli la kalo cantik...amik je..nanti sy bayar," seorang lelaki berpangkat pakcik menyampuk...tauke kedai kot muka nak sama je ngn lelaki kat kaunter ni. Ana berkira-kira dalam hati.
nadia akhirnya beli no tu tapi...pakcik tu tak habis2 lagi...
" sy nak no dia," ujar pakcik tu memandang nadia. Eh apehal pakcik ni..gatalnya...belum sempat kami cabut, lelaki tu dtg menhampiri nadia..
"apa dah no td? kata cantik, bak la nak tgk..."
Nadia cepat2 memberi kotak celcom tu kat ana sebelum lelaki tu melihat no telefon.
" akak...takut laaa,"
"biar abg byr," ujar lelaki gatal + miang + ulat bulu tu...WHAT??!! Abang? eiiii yarkkk!! ah layak pggl pakcik ada hati ngaku abg...kalo isteri dia dgr, menangis kot. Pastu lelaki tu pergi setelah usaha mengorat tak berhasil.
" uncle sape lelaki tu?" soal kami pada tauke kedai.
" laaa.. kamu olang tarak kenal ka? uncle ingat itu majikan u olang....," jawab tauke tu.
" bukan la kami pulak ingat dia kawan uncle jaga kedai ni," balas kami..
" itu olang aaa, bukan sembarangan.. itu chief inspektor tau...selalu dtg pakai eskot...,"cerita tauke tu bersungguh2..
Laaaa....chief inspektor ke macam tu? malangnya malaysia ada chief inspektor yang gatal amat... gatal mcm ni...heeeee......
Lelaki cam pompuan
lepas siri ngeri dgn lelaki miang, ana dan nadia cari kedai makan og Islam.. ana yang lapar. Nadia steady je. Akhirnya jumpa la medan selera...ana pun memilih kedai yang nampak bersih. ada la jugak...tp hati masih berat. taktau nape...ana amik nasi berlauk ikan. ana berjalan ke kaunter bayaran dan pesan fresh oren. di kaunter ada sorang pakcik sedang jaga. setelah buat bayaran ana mula angkat pinggan ke meja. tiba2 ana dgr pakcik tu ckp kat kawan dia yang sedang berdiri.
"relaks la dulu, org solat jumaat pun tak kuar lagi," pakcik yg lagi sorang kembali duduk..
Ana tergamam! hari ni jumaat!! abis pakcik2 ni tak gi solat? siap jaga kedai sambil goyang2 kaki. Ya Allah!...Ana meletakkan pinggan dan memandang sekeliling... patutla ana lupa hari ni jumaat sbb takde beza. di kedai tu ramai lelaki yg sedang mkn...lelaki muslim!
" akak tak sedap hati nak mkn dari kedai org yg tak solat jumaat. Jab akak call mama" ujar ana pd nadia. Ana cepat2 call mama ana..
" Assalamualaikum mama, nak tanya..boleh tak kita mkn kat kedai org yang tak gi solat jumaat," tanya ana.
" tak boleh, bersubahat!," ujar mama.
Allah!!ana da terbayar dah...
" jom la nadia kita pegi," kata ana
" abis tak jamah langsung?" tanya nadia.
" taknak...hati tak sedap," kami terus meninggalkan kedai tu...
Nape la lelaki malaysia yang beragama Islam ni makin nak jadi pompuan...pompuan je takyah solat jumaat, dorg pun sibuk nak ponteng jugak...tak malu langsung...cari rezeki tatkala Allah suruh gi beribadah...jgn ditanya kenapa anak muda ramai yg teruk2 sbb yang tua langsung tak boleh jd teladan dalam beragama...
Lelaki baik
perut ana berkeroncong...ana beli sekotak susu dan roti di kedai runcit sbg ganti. lalu kmi bergerak pulang. Semasa di dalam bas, agak ramai org jadi sy dan nadia terpaksa berdiri. kami berdiri berhampiran gadis2 cina. tiba2 dua org lelaki arab bgn dan meminta kami duduk di tempatnya...Ya Allah ada lelaki yang baik dan gentleman rupanya..tp syg bukan rakyat malaysia yang prihatin begitu. Setelah duduk...ana berfikir, kenapa seramai2 gadis yang berdiri kami yang disuruh duduk? krn dia lelaki muslim...dan kmi muslimah...alhamdulillah....
Posted by kalam_khadeeja at 9:22 PM 4 comments
Wednesday, October 6, 2010
kenangan sedih PMR....2009
Hari ni hari kedua Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) berjalan...erm, tahun ni ana masih menjadi warden yang menjaga pelajar di 'Asrama Sementara' yang setiap tahun diwujudkan di SERI SEMI ABIM Sg Ramal untuk memberi tumpuan pada pelajar form 3. Tapi apa yang berbeza tahun ni ana cuma jadi warden memandangkan ana bukan lagi cikgu di sekolah tu..cuma menolong bila diperlukan... jadi siang ana bekerja malam ana jadi warden..
Sebaik sahaja ana selesai membaca doa, abang menelefon lagi.
Posted by kalam_khadeeja at 10:51 AM 4 comments