Friday, July 23, 2010

Rumah baruku...

Alhamdulillah 5 hari ana dan nurul di rumah baru...mula2 berpindah perasaan ana bercampur baur. Bukanlah rumah tu tak cantik menjadi alasan, cuma ana risaukan keselamatan sekeliling. Hati ana menjadi gusar bila di depan rumah tu ada sekumpulan lelaki asing suka melepak..
Ana sedapkan hati jugak, jadi ana berkemas. yelah umah kecik kalo bersepah lagi berserabut. Hampir selesai berkemas. Satu malam anis call, ajak ke rumah dia. katanya birthday dia, dan suaminya belikan kek. apa lagi ana dan nurul cari la rumah anis. Puas kami ulang alik lorong tu cari umah dia, last2 ana ternampak suami anis kat luar umah tgh tggu kami...lorrrrr dekat sangat ngn umah kmi. belakang umah je rupanya!
Adui...bila masuk umah anis, ana minta izin utk buka pintu dapur. hehehe...umah ana betul2 belakang umah anis. dapur bertemu dapur..kami gelak abis2! penat cari, ingat jauh sgt..siap bg direction lagik..rupanya belakang umah.
Sejak tu kurang skit rasa takut di rumah baru..yelah anis, sahabat merangkap adik angkat yang rapat dengan ana sejak dulu..dulu kmi selalu bersama. berprogram bersama. cuma sejak ana pindah keja kami jarang jumpa.
Tak kisah la umah ana ngn nurul ni dhaif, asalkan ia kemas..bersyukur la, sbb lagi ramai yg masih tak punya tempat berteduh.. dan sesungguhnya bila kita berada di tmpat yang rendah, membuatkan hati kita turut rendah...smg rumah kecil ni dapat dijadikan umah terindah...

Friday, July 9, 2010

7 tol sebelum beroleh kejayaan.


Selalu kita berasa puas dan menganggap berjaya apabila kita memperolehi apa yg kita inginkan...berjaya dalam peperiksaan, berjaya dalam kerjaya, berjaya dlm perniagaan, berjaya. tapi kejayaan yg paling besar dalam kehidupan kita ialah kejayaan meniti sirat...apakah sirat? Sirat adalah jambatan yang membentangi neraka menuju ke syurga


Tiada seorang pun akan terkecuali menyeberanginya seperti firman Allah dalam Surah Maryam ayat 71 & 72


Dan tidak ada seorang pun di antara kamu yang tak mendatangi (neraka). Hal itu bagi tuhanmu adalah suatu ketetapan yg sudah ditetapkan. Kemudian, kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut (Maryam 71,72)


Namun yang membuat kita gusar adalah cara manusia berhadapan dengan titian adalah berbeza mengikut amalan masing2..
  • Ada yang dipanjangkan titinya. barangkali si ibu melihat titinya sangat panjang hingga tiada penghujung, tapi si anak pula melihat titiannya sgt dekat.


  • Ada yang yang mampu melintas sepantas kilat, namun ada lak yang melintas mengesot-ngesot.
  • Ada yang berjaya sampai ke penghujung, dan ada yang gagal lalu jatuh ke dalam tadahan neraka di bawahnya

Ok kita fokus pada tajuk iaitu 7 tol yang ada di titian sirat ni.


Tol 1 (Syahadah)

Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

manusia diperiksa tentang syahadah. mungkin kita menarik nafas lega. Alaaaa...syahadah je. sape yg pandai bahasa arab pun blh jawab nih. tapi jgn ingat semudah tu. kita akan ditanya samada benar2 beriman dengan syahadah yg kita ucapkan itu. Jika kita bebas dari berlaku syirik pada Allah barulah dilepaskan. kalo tak, awal2 lagi kita dah ditarik ke kawah api neraka di bawah tu. Astaghfirullahal azim....

Tol 2 (Solat)
Jika kita lepas persoalan syahadah, kita akan disekat pada tol kedua, dan diperiksa pula tentang solat. Bukan diperiksa tentang cukupkah solat kita sahaja, malah lebih teliti pada sempurna atau tidak solat kita. Jadi kalo solat kita tak cukup tu, faham2 la..kesempurnaan solat akan diperiksa dari 2 jenis iaitu:

sempurna rukun
  • rukun fi'ili (pergerakan anggota)
  • rukun aqli (tumpuan akal)
  • rukun qauli (sempurnakah bacaan solat kita)

Sempurna khusyuknya

  • kusyuk itu anugerah.. mmg benar tahap skang ni sangat susah nak capai kekusyukkan dalam solat.

Tol 3 (Puasa)


ok, di tol sekatan yang ketiga ni lak kita akan diperiksa berkenaan keadaan puasa kita. adakah memenuhi syarat puasa, tidak meyalahi rukun dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan pahala puasa.nampak tak kat sini? bukan perkara yang membatalkan puasa. Tapi diperiksa detail sampai perkara yang merosakkan pahala puasa.

Apa ye contoh perkara yang merosakkan pahala puasa? mengumpat? haaa... itu bleh merosakkan pahala puasa. kalo bleh ni analogikan umpama seorang yang punya janggut dan diberi pisau cukur. selama 30 hari dia mencukur sedikit demi sedikit janggutnya. cukup hari ke 30, apa lagi yang tggl? tentu abis dicukurnya kan? itu la umpama ibadah puasa kita.

kita tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa namun perkara yang merosakkan pahala puasa kita telah menghilangkan sikit demi sedikit markah puasa kita. hingga akhirnya tiada apa lagi untuk disemak di sekatan ke 3 ini.

Tol 4 () Zakat

maka berbahagia la orang2 yang fakir, kerana mereka akan dibiar melepasi tol ini tanpa hisab. Tapi bagi yang mepunyai harta bersabarlah kerana setiap harta kepunyaan kita akan dihisab.

Sahabat Nabi, Abdul Rahman bin Auf seorang yang hartawan yang tersangat dermawan itu pun menjadi sahabat terakhir yang masuk ke syurga. kerana apa? kerana dia diperiksa ke mana dia membelanjakan setiap hartanya. Itu sahabat yang mmg terkenal dgn pemurahnya, kalo kita?Fuhhhh!!!! bersedekah jarang2 sekali, ikut mood. Pastu kita suka membelanjakan duit pada barang yang tidak perlu. Aduh semua tu akan ditanya. Jadi jgn sedih jika ditakdirkan Allah kita tidak kaya di dunia, kerana kita akan bahagia melepasi tol zakat ini.


Tol 5 (Ibadah haji)

Tol seterusnya akan disoal tentang ibadah haji bg yg mampu. meh la kita sama2 kumpul duit awal2 supaya tidak lah bila tua sgt baru kita nak ke sana.

Tol 6 (Wuduk dan mandi wajib)

  • sempurnakah wuduk? (kalo tak tak sah solat
  • wuduk adalah tanda untuk umat Muhammad
  • Pembaziran air ketika wuduk juga akan diperiksa...aduh, berjimat-cermat la hatta semasa berwuduk.
  • bagi perempuan, perlu lebih teliti dalam mengqada solat pada hari terakhir haid.

Tol 7 (Zalim)

Tol ini lah tol yang paling hampir dengan syurga. kita dah boleh npk keindahannya, boleh hidu wanginya syurga, tapi....di sinilah terlalu ramai yang gagal. Maka ramai yang ditarik ke neraka di tol ini...rugi nya...

persoalan zalim..makna zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya..haaa cuba pikir byk sgt kita berlaku zalim. Kita sinonimkan zalim tu dengan pemerintah je, tapi zalim tu sangat byk.. zalim kerana meletakkan selendang di bahu sedangkan tempatnya di kepala. Zalim hanya membaca Quran sekali seminggu, sedangkan setiap hari perlu dibaca...patutla di sini ramai yang gagal...

Doa untuk dipermudahkan meniti titian sirat ni...Ya Salim salim na...seperti lagu kumpulan Rabbani.

Saturday, July 3, 2010

Di mana kamu?

Sejak semalam ana semakin resah, merindui sahabat lama ana. Ina, sahabat di bilik sebelah semsa ana form 4 di mrsm beseri. Dia hadir dlm mimpi ana sewaktu ana lelap seketika menantikan waktu zohor, jumaat semalam. Dulu..semasa ana di tahun 3 di UTeM, ana pernah mimpikan ina. Lepas tu ana dapat khabar dr naim, yang ina sudah kembali ke rahmatullah...mcm tak percaya. Ana cuba jejajki dia tp tak berjaya. Jika benar dia sudah tiada ingin ana menziarahi pusara dia...

Hasanah, cukup singkat perkenalan kami. Namun ana sgt sygkan dia. Kami ditempatkan satu homeroom semasa minggu orientasi 4 Zamrud 1. Orangnya sgt comel. Manja.Kami rapat sangat, kebetulan kmi berdua sama2 anak bongsu. Masih ana ingat, di maktab masa tu kmi diwajibkan berstokin walau ke mana saja. yelah kaki itu aurat wanita. Ana gundah nak ke surau kerana ana tiada stokin lain selain stokin sekolah. Lalu Hasanah dgn tersenyum menghulurkan ana stokin comel berwarna-warni. Itulah stokin pertama yang ana guna utk meyempurnakan aurat ana. Terima kasih Hasanah!

Persahabatan ana dgn Hasanah manis...kami lalui mggu aktiviti bersama2. Homeroom kmi dianugerahkan 'The Best Homeroom' krn apa? kerana ahli homeroom kami suma best2....Pijan, Nana, Sheeda, Hasanah, Mimi, Ana jugak, Hazreen, fyzal, amjad, rinaldi, leman, Nik akhbar....

satu hari...ana dgn Hasanah berjalan pulang ke asrama dari dewan selera, Hasanah memegang mug. kami beriringan sambil berbual-bual. tiba2 mug yang dipegang Hasanah terhayun pada tiang. Retak mug tu...Hasanah yang td gembira tiba2 bermuram. ana ckp takpelah nanti kita guna mug lain. Pastu Hasanah kata, dia bukan sedih apa, cuma dia kata dia dapat rasa persahabatan kami takkan lama. Akan retak seperti mug dia...ana kata takde pape la....

Masuk sem 2 di MRSM Beseri, Hasanah dtg sekejab. pastu dia blk berhari2. ana rindu dia..tertanya2 nape dia tak dtg2. Pastu satu hari dia dtg dengan family dia...dia bwk blk suma brg2 dia. dia kata dia takkan belajar kat situ lg..Ana nangis...nape Hasanah? jangan main2..Ana harap sgt dia gurau..Ana npk dia nangis dalam kelas. Rupa2nya dia perlu berhenti belajar sebab dia sakit...sakit polio! Rupanya dulu masa sekolah rendah dia pernah sakit sampai form 2. Form 3 dia sihat dia amik PMR...dia bijak, dgn belajar setahun pun blh dapat 8A. dan skang sakitnya menyerang lagi...

selepas Hasanah takde, ana selalu utus surat. bertanya khabar dia. Tapi satu pun tak berbalas...ana rindu dia. Ana tanya dgn Diyah sbb Diyah sekampung dgn Hasanah. Diyah kata Hasanah sakit. Dan surat2 ana tak satu pun sampai ke tgn dia. Kakaknya simpan, bimbang Hasanah akan terkenang sekolah dia...patutla...jadi sejak ari tu ana terputus hubungan dgn Hasanah..tp sampai skang ana rindui dia.

Ya Allah temukan la kembali daku dgn sahabatku yg berdua ini...jika dia tiada tunjukki la di mana pusaranya...


Friday, July 2, 2010

Rumah Terindah..

Tersenyum manis tuan rumah menyambut saya di muka pintu. lalu mempersilakan saya masuk. Tatkala kaki saya melangkah masuk ke rumah teres dua tingkat itu, hati ini bagai disapa satu angin damai..Subhanallah! indahnya rumah ni. Selama saya hidup 25 tahun, inilah pertama kali saya melihat rumah yg begini. Hiasannya mengagumkan.

Apa yang dihias? di segenap ruang dinding dan sudut rumah dihiasi rak buku. Buku-buku yang sangat banyak itu kemas tersusun. Nampaknya orang di dalam rumah ini memuliakan ilmu. Saya dijemput duduk. Bukan sofa mewah seperti biasa saya lihat tapi cuma set kerusi kayu jenis lama. Juga kemas di letak berhampiran pintu masuk. Tiada satu permaidani ni pun di rumah ini. Lantainya di alas tikar buluh membuatkan rumah itu kelihatan bersih tersusun. di satu sudut pula terdapat meja mkn kayu.

Dan mataku juga tidak menemui sebarang hiasan yg biasa ada di almari kaca dan tiada bunga2 berpasu pun. Televisyen juga tiada di ruang tamu. membuatkan ia terasa damai tanpa bunyi bising. Rupanya televisyen di letakkan di bilik. supaya senang mengawasi waktu menonton anak2.

Bagai tak percaya kerana rumah ini pemiliknya bukanlah org biasa. Pemiliknya seorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Dengan pendapatannya dia sangat mampu menghiasi rumahnya dengan perabot-perabot mahal dan mememiliki kereta mewah. Namun kereta yang dipakainya cuma kereta nasional biasa. Adakah tuan rumah ini kedekut orangnya? tidak! tidak sama sekali malah sy juga belum pernah jumpa orang yang begitu pemurah seperti pasangan ini.

Rupanya pasangan sehati sejiwa ini punya prinsip. kedekut untuk diri sendiri, tapi pemurah dengan orang lain. apa maknanya? biar berkira-kira bila berbelanja untuk kepentingan diri, disekat-sekat. Tapi bila untuk orang lain apa lagi org susah, mereka sangat pemurah. Duit mereka sentiasa ada untuk membantu orang lain. Apabila ditanya kenapa rumah ini dihiasi sgt sederhana? kata mereka Rasulullah dulu rumahnya tidak pernah mewah. Itu pemimpin umat.
Kita ni sape je. Apalagi kalo memikirkan orang2 yang tak mampu, nak beli baju baru pun kami rasa terbantut. Orang lain susah, kami bermewah2. tak patut. Itula sedikit luahan mereka.

Betul la, jika dilihat sekarang , kita diajak mengikut sunnah Rasulullah. Namun jika dilihat rumah kita, dihias bagai istana. Selalu saya menghadiri majlis ilmu, orang yang dari bidang agama, yang bercakap soal agama pun kdg2 sgt mewah rumahnya.
Abdul Rahman bin Auf, sahabat nabi yang sangat kaya yang umpama bila diangkat batu, ada emas itu pun tidak pernah menikmati hartanya. semuanya disedekahkan. ulama-ulama dahulu, tokoh2 Islam takde yang bermewah2 pun. bukan mereka tidak dihadiahi harta yang byk, tp mereka memmilih untuk hidup sederhana, dan harta yang didapatinya diagih pada yang memerlukan.
Ahh!! zaman skang mana ada orang susah! betul? anda susah selusuri di kampung2? di felda2? masih ramai! benar masih ramai yang memerlukan.

Tak salah menghias rumah tapi jgn sampai berlebihan. Rumah yang perlu disediakan ialah rumah yang selesa, bersih, kemas, dan cukup keperluan asas. apa yang tidak perlu dan tidak digunakan tak patutla kita simpan. kerana apa? kerana setiap barangan itu akan menuntut haknya nanti.

saya memandang biasa orang tak berada yang berpada-pada menggunakan harta, saya juga dalam kapal org tak berada. tapi saya cukup kagum dengan orang kaya yang bijak menggunakan hartanya. Kerana setiap sen yang di keluarkan itu akan disoal dalam salah satu hentian dalam perjalanan kita melepasi titian sirat. (insyaAllah sy akan post tajuk 7 Tol di Titian Sirat).

Sifir mudah...org miskin yg pemurah sebenarnya kaya, orang kaya yang kedekut sebenarnya miskin, orang kaya yang pemurah dialah paling beruntung dan kaya.

inilah rumah yang perlu dihias. dan hiasannya adalah dr amalan kita sekarang.














p/s : Jika dulu ada rasa kagum melihat rumah orang berhias cantik2, berperabot mahal2, pakai keta besar, pakaian berjenama....teringin nak juga..tapi sekarang, tak lg...sy lebih damai, lebih suka melihat rumah yang dihias sederhana...sederhana segala sudut..rumah, kereta, pakaian...urm...