Saturday, June 19, 2010

apa yang menghalangi seorang mukmin mempersunting seorang isteri?



sedikit petikan dr buku " Kupinang Engkau dengan Hamdalah"...

" Apa yang menghalangi ikhwan-ikhwan itu untuk meminang seorang akhawat? Mengapa banyak ikhwan yang egois, hanya memikirkan diri sendiri?"


"sesungguhnya, banyak akhawat yang bersedia" Kata seorang akhawat mengaju persoalan. Namun persoalan itu bukanlah utk dirinya kerana dia sendiri telah pun mendirikan rumahtangga. Mungkin persoalan itu adalah wakili 'suara hati' akhawat-akhawat lain yang belum mendirikan rumahtangga. Dengan usia yang semakin bertambah, ada kegelisahan dan kdg2 kekhuatiran kalo mereka nanti dinikahkan oleh oleh orang tuanya dengan lelaki yg tidak baik agamanya.

Persoalan akhawat itu serupa dengan pertanyaan Rasulullah saw, " Apa yang menghalangi seorang mukmin utk mempersunting isteri? mudah-mudahan Allah mengurniakannya keturunan yang memberi kebaikan kpd bumi dengan kalimat La ilaha illallah.."


Oh jauhnye cincin tu? besar lak, camno den nk bawa ni?! makin slow la den..

Apa yang menghalangi kita untuk menikah? kenapa kita merasa berat utk meminang seorang akhawat secara baik2 dengan mendatangi keluarganya? Apa yang menyebabkan sebahagian dari kita merasa terhalang langkahnya untuk mempersunting seorang gadis muslimah yang baik2 sbg isteri?


*********************

"kamu dua org ni pegila solat jemaah dengan ummi! jangan malas berjemaah, dah la korang ni tak kawen lagi. ummi tu lain la dia dah kawen. pahalanya sudah tentu berganda" tegur seorang ikhwan yg baru pulang dari surau setelah elihat saudara perempuannya yang lebih gemar solat bersendirian di bilik masing2.

Solat org yg belum bernikah mmg sulit mencapai kekhusyukkan. Barangkali itu sebabnya Rasulullah saw menyatakan" solat dua rakaat yang didirikan oleh org yg menikah lebih baik dari solat malam dan puasa pada siang harinya yang dilakukan oleh oleh seorang lelaki bujang"

maka bagaimana seorang bujang dpt mengejar darjat org yg sudah menikah jika solat mlm yg disertai puasa siang harinya saja tidak mampu sejajar dengan solat dua rakaat bagi mereka yang telah didampingi isteri. Bujang ialah tanpa seorang pendamping yg dpt membantunya bertaqwa kpd Allah, hatinya akan terumbang ambing dgn kerinduan utk mempunyai sahabat khusus yg hanya padanya kita dapat berkongsi isi hati. dalam keadaan demikian agak sedikit kekusyukkan yg dicapai ketika solat mahupun zikir. seseklai kita dpt melepaskan diri dari melihat ajnabi (bkn mahram) tetapi masuk kpd maksiat lain pulak. Fikiran pula disibukkan dgn perkara2 yg kurang maslahat sedang mulut mengucapkan kalimat yg membuat sedih.

Dari Abu Dzar, Rasulullah bersabda " org yg paling buruk antara kalian ialah yang membujang dan seburuk2 mayat kalian ialah yang membujang" (Abu Ya'la dr Athiyyah bin Yasar).
Semoga Allah mempermudahkan urusan kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui siapa yang mempunyai keinginan utk berkahwin namun terhalang, dan siapa pula sengaja menlengah2kan perkahwinan sedangkan dia mampu.

***********************
Kupinang engkau dengan Hamdallah!

Duhai ikhwan soleh bulatkan tekad mu, marilah persiapkan hati utk melangkah ke peminangan dgn mendahului dengan Hamdalah.

Pinanglah calon isterimu yang solehah itu dengan mengucapkan
" Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Allahumma shalli 'alaa Muhammad wa 'alaa ali Muhammad."











Wednesday, June 16, 2010

ukhti, ana sedang cemburu...!!

stesen kawalan cemburu....




agak2 la apa reaksi kita bila cemburu?

haaaa...jgn kata tak pernah cemburu...


1) rasa nak gigit2 bantal sampai kuar isi perutnya...iyyaaahhh2!!
2) buat muka pd org yg kita cemburu.
3) termenung dr kol 8 pg sampai 10.30 mlm.
4) tarik muncung sampai leh gantung kuali.
5) lancar mogok bisu 14 hari.

haiii...itu baru sikit, kalo list lg byk kalo tak mana mungkin jd kes jenayah sampai bunuh membunuh angkara cemburu...kes bunuh pertama angkara cemburu, zaman nabi adam lg...antara Habil dan Qabil.


Amaran!kaedah ni bahaya..kalo nk gak gi dapur potong sayur, masak!kenyang perut..




Soalnya boleh ke cemburu?

erm...cemburu yg baik apa salahnya...camne cemburu yang baik?

Dari Sahih Muslim, Ibnu Mas'ud meriwayatkan dia mendengar Rasulullah saw bersabda, " Tiada hasad yang dibenarkan kecuali dalam dua keadaan,
1) dengki kpd seoarng yang diberikan harta yang banyak dan dia membelanjakannya ke jalan yang benar (org kaya yg pemurah),


Hartawan+ dermawan = Ab Rahman bin Auf

2) dengkikan seorang yg diberikan kebijaksanaan (ilmu dan hikmah) dan dia menggunakan ilmunya utk menyelesaikan masalah dan mengajarkan pada org lain"
Bijak dan berilmu seperti Imam As-Syafie....ana cemburu!


Abis cemburu kat yang lain2 tu tak baik lah yer?

bergantung pd punca dan cara kita kendalikan cemburu.

betul tak cemburu itu datang bila kita merasakan kita hebat dan lebih layak mendapat apa yang org tersebut dapat...erk...mula2 ana pun pening, sbb selalunya cemburu itu datang bila kita rasa rendah diri dan tak mampu miliki apa yg org lain miliki...rupanya ada beza.

  • cemburu dr rasa rendah diri itu cemburu yang biasanya kita akan berusaha utk memperbaiki diri supaya kita pun boleh dpt apa org lain dapat. Kira ni tak memudaratkan org lain la...
  • cemburu dr rasa hebat diri lak itu lebih kpd hasad yg kalo tanpa pertimbangan iman bleh merosakkan org lain.
Jadi terserah kita nak pilih cara apa meluahkan rasa cemburu...katakan ana cemburu bila dengar org yg ana suka menyukai org lain..rasa mcm nak gi bakar je almari baju org tuh!..tp kalo teruskan niat tu, apa yg ana dpt? heheh...dpt malu je..so pandai2 la kalo nak cemburu kena tgk dulu itu cemburu yang bermanfaat ke tak..kalo tak wat penat je..


errrr...sebenarnya ana terfikir nak tulis tajuk cemburu ni sebabnya hati ana sedang diusik rasa cemburu ni...

  • cemburu dgn imam syafie
  • cemburu dengan seorang kaya yg dermawan. yang kedekut utk diri sendiri tetapi sgt pemurah dengan org lain...isshhh cemburunyerr!
  • cemburu dengan seseorang yg hidupnya dr kecil dilimpahi ilmu, dikayakan adab namun kesederhaannya amat memikat.
  • cemburu melihat sahabat2 yang dah berpeluang berbakti pd suami dan anak2.
kucing ni cemburu bila kucing yg dia suka gi takcle kucing lain...olololo..meow! hihihi







Friday, June 11, 2010

makan? dimakan? memakan? termakan?





Tadi masa kelas agama, Ustaz Safwan citer pasal jirannya yang bukan muslim. Ustaz ni cukup suka citer pasal jiran dia nih...tp best la, kelopak mata ana yang hampir sedang melabuhkan tirai pun pelahan2 leh angkat blk..dengar selingan dari ustaz ana tergelak walaupun masa tu mata pejam.. err? gelak sambil tido..ada org wat? ngigau kot.. tak ana tak ngigau..mmg dgr lawak ustaz...


Satu pagi di pagar rumah...
Ah Papelah: Hai Safwan...selamat pagi!
Ustaz : Hai Ah Papelah selamat pagi!
Ah Papelah: You da makan?

hehehe...ma
kan?----->(1)

Hari lain...

Ustaz : Helo Ah Papelah, nak gi mana tu?
Ah Papelah : i nak kuar pigi makan laaa....
Ustaz : you ni asyik makan!makan!takde lain ke?hehehe...
Ah Pape la : aya...mistilah...mau hidup maaa.... makan jugak! -------> (2)

Di satu waktu dan satu sudut di laman rumah...
Ustaz : Buat apa tu?
Ah Papelah: Kasi anjing makan...sambil2 i makan jugak lah ni..(makan bersama2 anjingnya...hehe...mesrakan?erk!)

Ustaz : you ni mmg suka makan ---------> (3)
Ah Papelah: Aiya...safwan lu aaa apa pasal tadak boleh cakap pasal makan?
Ustaz : You suka makan sama dengan anjing...maknanya you sama dgn dia kan?hehehehe..
Ah Papelah: Aiyyaa...mana boleh mcm tu laaa...
Ustaz : Ok kalo anjing makan, bila kenyang dia buat apa?

Ah papelah: Dia tido maa...
Ustaz : kalo you pun sudah kenyang, you buat apa?

Ah Papelah: I pun ikut tido jugak laaa...hahahahaha...

Ustaz : dah tu betullah you sama dengan dia...hehehehe

Ah Papelah: Aiyyaaak...you aa Safwan...(kehilangan kata2 sambil memikirkan apa yang dikatakan ustaz)

tido mana2 ajer xlarat nihhh...

jom tidoooo...


tadi aku mkn ayam 5 reban...belah la perutku en bomba...aku nak tido!

Itu sedikit situasi ttg makan. byk lagi dialog ttg mkn antara mereka, tp taklah ustaz citerkan suma. apa yang nak dikaitkan di sini ialah tentang kesukaan kita terhadap makan. peringatan dari Allah tentang makan.

"Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-lenang (di dunia) dan mereka makan seperti makannnya binantang-binatang. Dan nerakalah tempat tinggal mereka" (surah Muhammad 47:12)
Jadi kita orang Islam yang punya ilmu dan punya matlamat hidup maka seharusnya makan itu bukanlah menjadi perkara utama. Makanlah sekadarnya dan janganlah sampai makanan itu membuatkan kamu merasa malas dan berat untuk beribadah kepadaNya.

"Tidak ada yang dipenuhkan manusia lebih buruk dari perut. Cukuplah bagi putra adam beberapa suap makanan yang dapat menegakkan tubuhnya. Kalaupun harus memenuhkan perut maka hendaklah dengan 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 pernafasan" (HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan at Tarmizi dr sahabat nabi Miqdam bin ma'di Qarib)
Analogi mudah kenapa kita perlu sediakan 1/3 ruang utk setiap unsur?....Blender! Kita suma mesti biasa guna blender utk blend makanan kan? kalo blender dipenuhkan dengan makanan dan hanya sedikit air diletakkan. Pastinya blender itu tak mampu nak menghancurkan


makanan. kerana ruang yang sangat padat untuk mengisar makanan. silap2 makanan tak hancur, blender yang jammed. begitulah keadaan perut kita jika menerima terlalu byk makanan dalam satu jangka masa yang singkat. sian perut tu...itu yg sakit tuh!

help!help!umpphhh!


mengikut kajian, Malaysia terpaksa mengimport makanan dgn nilai 15 billion...cayalah...org malaysia mmg sangat suka makan...hati2...

Orang kat negara perang mati di medan perang, tapi orang kita mati kat medan selera....


kata ustaz safwan lagi,

kalo tanya tempat makan, siap bleh kasi alamat penuh dan menu berseta harga lagi...sukanya kita cari makanan...

orang ramai lebih kenal chef wan dari ustaz safwan,

kalo kita tgk rancangan masakan chef wan suma pakat sedia pen dan kertas, tapi kalo dgr kuliyah ustaz safwan suma main catit dalam kepala jek..

hehehe...sib baik dalam tersengguk2 ana catit apa yang ustaz ckp, takdela rasa mcm kena kat muka ...
oklah kali ni cukuplah dah pjg kot, nanti korang tersengguk2...ana pun da ngntuk, sambung esok2 lak...byk lagi nak citer topik mkn nih....jumpa lagi insyaAllah.









Sunday, June 6, 2010

sambungan "Walimah mcmmana pilihan hati anda?"



Kali ni kita lihat pula walimah yang jarang2 atau hampir tiada untuk kita tgk...

  1. Walimah yang tiada persandingan dan memperuntukkan wang untuk menyediakan makanan yang sedap (mengikut kemampuan) kpd jemputan yang ramai yg terdiri dari pelbagai tahap. Menjemput ramai org di sini dgn niat mengikut anjuran Islam iaitu memberi makan kpd org ramai dan bkn memberi tayangan persandingan.
  2. mengalunkan bacaan quran @ selawat @ nasyid2 yg mendamaikan sebagai hiburan di walimah.
  3. mengasingkan tempat duduk Muslimin dan Muslimat mengikut kemampuan.
  4. tiada upacara membatalkan air sembahyang ke, menabur beras kunyit, tepung tawar dan sbgnya (kalo tepung pelita elok ada sbg pencuci mulut, sedap tu!)
  5. pengantin lelaki dan perempuan memakai pakaian yang cantik bg membezakan dr org yang dtg tetapi menutup aurat dgn sempurna dan tiada solekan yang tebal. Inai hanya dipakai oleh pengantin perempuan.
  6. Tidak membebankan pengantin lelaki dengan wang hantaran yg byk. Ikut kemampuan, takde pun takpe yg wajib ada ialah mas kawin. Barang hantaran jg tidak disyaratkan 9 dulang atau brp pun...kalo nak kasi sebagai hadiah silakan, takde pun majlis tetap jalan....sebab kita perlu memudahkan urusan perkahwinan jgn merumitkan dgn menda2 remeh yang hanya akan membuatkan pasangan terpaksa menangguh pernikahan hanya krn tak cukup duit utk bunga telur, brg hantaran dll. Maka sebab tu ramai pasangan masih berhubungan tanpa akad di luar sana. Nak kawin zaman moden ni susah.
  7. Kan best kalo yang menyambut di khemah pengantin dari mula tetamu datang sampai ptg itu ialah pengantin sendiri. itukan majlis dia, jadi pengantin yg memberi layanan pada tetamu yg makan. semua org boleh kenal pengantin. tak perlu mencari pengantin yg sibuk bergambar...
  8. makan beradab takyah pun takpe. kalo nak juga makanan di meja pengantin sama je ngn tetamu punya..takyah double standart... (org dulu2 rasanya camni la)
ok, kenapa kita perlu ambil perhatian pada walimah dan berusaha mencari walimah yang berkat di sisi Allah bkn yg hebat di sisi manusia. kerana berkat perkahwinan itu bermula dari situ. Islam tak pernah menyulitkan kita, kita yang suka menyulitkan keadaan. kalo sulit masa nak kawin lepas kawin lg sulit...nak settle hutang piutang tu. ok jom pilih sama2 manakah yang kita mahu...

walimah mcmmana pilihan hati anda?



Yang biasa kita tgk...
  1. kenduri yg cuma menjemput org2 tertentu. yang ternama, org miskin dilupa2kan...org kg nak dtg pun segan...yelah wat kat hotel berbintang2. ingat yer..."seburuk2 makanan ialah makanan walimah yang mana diundang hanyalah org2 kaya sahaja dan yang miskin tidak diundang. dan barangsiapa yang tidak memenuhi undangan maka dia telah berbuat durhaka dgn Allah dan Rasul" (Hadis Riwayat Abu Hurairah)
  2. adanya DJ yang memutarkan lagu2 yang bermacam2 dan ada pulak siap karaoke sampai mlm. abis suma dr anak dara sampai mak dara, dr yg muda sampai yg bercucu masing2 nak tunjuk bakat menyanyi.
  3. khemah main duduk jelah lelaki ke pompuan ke...bercampur2.
  4. Melebihkan wang pada tempahan pelamin dan persalinan pakaian yg pelbagai jenis (mahal gak tu, ada ribu2). Maklumlah katanya kawin sekali je seumur hidup...tapi itu bkn alasan utk membazir kpd benda yg tak dituntut. sedangkan jemputan/undangan skit je takut tak cukup duit....
  5. Majlis persandingan yg ada tabur beras kunyit, menepung tawar sebagainya(amalan yg khurafat)...pengantin bkn ayam...xyah la bg beras..
  6. pengantin bersolek berlebihan ada yg kena nipiskan bulu kening oleh mak andam(ingat tu slh satu dosa besar) dan pakaian yg ketat dan jarang.(raja sehari xjaga aurat xpe agaknya...isk!)
  7. Hantaran menjadi kewajipan lak, pastu wang hantaran mesti ikut tahap si gadis....adess..!!!berlumba2 sape lebih mahal...sian suami dia..berpeluh2 kumpul duit siap ada yg hutang2 lg...
  8. pengantin sibuk bergambar2 sampai org nak kenal mana pengantin pun susah. kalo nk jumpa gak kena menyelit di celah2 jurukamera. Abis tujuan walimah tu utk kenalkan pengantin pada org ramai, camne nak kenal. Last2 tetamu blk je bila abis mkn, jumpa emak pengantin cukup ...
  9. makanan meja pengantin lebih istimewa...sian org yg xdpt duduk sama pengantin...tgk jelah lauk dorg yg best2 tuh...kalo nak jd la pengantin, tak pun jd mak pengantin...huhuhu..kalo anak yatim atau org yg tak mampu yg tgk camner?sampai hati...
  10. haaa...last2 sebelum ana nak tido, ngntuk ni...pengantin lelaki pun nak jg berinai, xdpt suma, 3 jari pun nak...aduh...nape berhias menyerupai wanita? Rasulullah larang tuh...takyah inai la da cukup macho...
ok...sambungan pada walimah yang teringin kita nak lihat nanti ana sambung esok ke...ngantuk sgt ni..da pagi pun...wassalam..

Friday, June 4, 2010

sentuh pun jangan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



bila perkara mungkar tidak lagi dipandang keji
bila muda mudi tiada malu dalam hati
bila pesta konsert jadi suapan hari-hari
bila bercinta bercouple alasannya fitrah insani

bila ustaz mengajar diberkas digari
bila hukum manusia disanjung dan dipuji
bila hukum tuhan dicerca dimaki
bila bala tuhan mula menjejak bumi

bila bala berupa maksiat serata negeri
bila bala berupa gelapnya hati-hati
bila kes buang bayi dah jadi isu basi
bila bala berupa nikmat duniawi

itulah istidraj dari tuhan rabbul izzati
biar leka sesat hingga ke mati

ana ambil artikel ni kat i luv islam...

Thursday, June 3, 2010

housemate ana yg disayangi...

"nurul, akak mcm malas la nak ikut gi pasar malam," ana wat muka selebet di pintu bilik nurul. memikirkan sesaknya pasar malam, ana rasa tawar hati nak berjalan.
"ok" kata nurul.
"nurul nak gi beli apa kat pasar malam?" soal ana.
"nak beli jagung....nak tak?" soal dia memandang ana mcm serius je.
"nak! nak!!" sahut ana girang..jagung kegemaranku...
"pegi beli sendiri!" balas nurul sambil mengejek.
"Hiiiiiiiiiii....benci lah" ana meninggalkan nurul yang mmg suka permainkan ana.
"erm...nak jagung rebus ke jagung bakar?" tanya nurul lg membuatkan hati ana kembali berbunga.
"nak jagung bakar" tak jd nak merajuk.
"bakar lah sendiri" balas nurul tersengih.
"hishhh...dia ni kan..baik takyah tanya! geram! geram!" ana melangkah ke bilik mandi. malas melayan gelak nurul yg berjaya mengenakan ana.

*********

"nurul kirim beli minyak motor bleh? tanya ana pd nurul.
"ada botol ke? botol mineral tak boleh tau!" ujar nurul
"ada kat depan tu, td nurul beli minyak pakai botol mana?" peluang ni...otak ana menangkap sesuatu.
"pakai botol mineral, pastu org kat stesen minyak tu kasi botol lain. dia kata botol mineral tak boleh" cerita nurul.
"pakai botol mineral?" terletus gelak ana kat nurul.
"bukan org la, lin yg gi beli" cubaan membela diri oleh nurul.
"takpe kirimkan gelak ni utk lin" ana masih lagi gelak....
"saje je... tak puas ati pasal jagung la tu" nurul muncungkan mulut.bengang.
kekeke...usikan berbalas. seri!



tapi biasa la nurul mmg suka mengusik ana. lepas tu dia mesti bw blk apa yg ana pesan. hehe...dapat mkn jagung bakar.Alhamdulillah!

begitulah ana dan nurul, walaupun ana setahun lebih tua. selalunya dia yg memanjakan ana, bukan ana yg memanjakan dia. mungkin sebab dia anak sulung dan ana anak bongsu. kesimpulannya dia sgt suka mengusik ana. tp itu yg menceriakan rumah sewa yg kami huni berdua ni...semoga Allah memelihara ukhwah antara kami...